ads

Jumaat, 28 September 2012

02 di pokok sena - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pokok sena - Google Blog Search


Mahfuz, Elok Tengok-Tengok Sama Port Dadah Ayam Laga <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2012 02:43 AM PDT

image (2)

Mahfuz Omar, nama yang sangat 'hebat'! Bukan kerana hebatnya dia bekerja atau menjalankan amanah selaku Ahli Parlimen atau wakil rakyat, tetapi hebatnya dia kerana dia sentiasa terlalu sibuk dengan pelbagai isu yang langsung tiada kena-mengena dengannya. Hebatnya Mahfuz Omar sekarang ini ialah bagaimana dia berusaha untuk menjatuhkan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak yang digelarkannya sebagai ORANG TUA BERPENYAKIT.

Sebelum ini, dia terlupa bahawa dia hanyalah Ahli Parlimen Pokok Sena dan bukannya Menteri Besar Kedah mahupun Pesuruhjaya PAS Kedah. Dia bercakap dan memberikan kenyataan mendahului Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya PAS Kedah. Akalnya agak berkurangan dalam hal ini. Hari ini, berita tentang penangkapan dan penahanan 39 orang penagih dadah di Kampung Baru, Lesong, Pokok Sena telah tersiar. Daripada Mahfuz Omar menyibuk tentang hal-hal lain, ada baiknya kalau dia melihat-lihat dan melawat-lawat kawasan yang diwakilinya. Bukankah salah seorang anak lelakinya pernah dipenjarakan kerana kesalahan narkotik di Penjara Alor Star tidak lama dahulu? Takkanlah kerana anaknya terperangkap dan jatuh ke lembah dadah, maka Lebai Mahfuz Omar nak semua orang lain terlibat sama kut? Bukankah antara tugas Ahli Parlimen ialah jaga rakyat? Takkanlah benda-benda sebegitu pun, Mahfuz Omar tak boleh nak jaga? Sekurang-kurangnya bagilah bantuan kepada PDRM yang bertungkus lumus mengejar, menahan, bahkan ada yang tercedera diserang oleh penagih dan tokan dadah di Pokok Sena. BERITA SELANJUTNYA BACA DI SINI

02 di kulim - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


Dosa Kadir Syeikh Fadzir Terlalu Besar <b>Di Kulim</b>-Bandar Baru <b>...</b>

Posted: 03 May 2012 08:08 PM PDT

Kadir Syeikh Fadzir telah berjaya membina legasi tersendiri di Kulim-Bandar Baru selepas berpuluh-puluh tahun dia menjadi Ahli Parlimen di daerah itu. Walau bagaimanapun, keadaan di Kulim-Bandar Baru tidak setanding seperti daerah jirannya, Sungai Petani sungguhpun Kulim juga terletak tidak jauh dari Butterworth dan Pulau Pinang, akses perdagangan antarabangsa menerusi lapangan terbang dan dermaga pelabuhan.

Kini, Kulim-Bandar Baru 'dijaga' oleh adik Kadir.

Walaupun Kulim sebenarnya sangat berpotensi sebagai destinasi pelaburan berikutan kewujudan Kulim Hi-Tech Park, namun selepas UMNO-BN kalah di Kedah, taman teknologi tersebut bagaikan hidup segan mati tak mahu. Banyak pelabur terpaksa membawa pelaburan masing-masing yang jumlahnya berbilion-bilion ringgit ke Senai Hi-Tech Park yang baru ditubuhkan.

Ramai penyokong Kadir yang menyatakan kononnya kewujudan Kulim Hi-Tech Park itu sebenarnya adalah jasa terbesar Kadir di Kulim-Bandar Baru. Walaupun mungkin ada kebenarannya, tetapi berdasarkan beberapa faktor, sebenarnya Kulim patut jauh lebih maju berbanding sekarang, malah sepatutnya telah lama maju dan tidak hanya memiliki Kulim Hi-Tech Park semata-mata.

Kehadiran Kadir Syeikh Fadzir di pejabat Menteri Besar Kedah sewaktu demonstrasi dan penyerahan memorandum anti-Memorial Park Sungai Kob sememangnya sudah dijangka oleh banyak pihak. Malah ada suara-suara nakal yang menuduh Kadir Syeikh Fadzir sebenarnya mempunyai kepentingan secara langsung dalam Memorial Park Sungai Kob itu sungguhpun sehingga kini suara-suara nakal berkenaan gagal memberikan dan menunjukkan bukti tentang pembabitan Kadir Syeikh Fadzir dalam tanah perkuburan bukan Islam di tengah-tengah perkampungan orang Melayu itu.  

Memorial Park Sungai Kob mendapat tempat yang paling berharga dan perhatian yang sangat besar kepada PKR. PKR yang merupakan rakan kongsi PAS dalam pentadbiran negeri, sentiasa menggunakan isu kaum Cina sebagai usaha mereka untuk mengekalkan tekanan. Kadir yang merupakan antara pemimpin bekas UMNO yang kini berada dalam kem PKR, pastinya mempunyai kepentingan dalam kes ini memandangkan dia adalah bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru.

Sebenarnya, walaupun Kadir pernah menjawat jawatan Menteri sewaktu masih di dalam UMNO, tidak banyak kemajuan yang dibawanya ke Kulim-Bandar Baru. Sewaktu dia menjadi Menteri Pelancongan, Kadir tidak pernah menggerakkan sebarang usaha menarik pelancong ke daerah Kulim-Bandar Baru. Kulim-Bandar Baru tidak wujud dalam peta pelancongan, baik di Malaysia apatah lagi di dunia. Ada tidak pun, cumalah Sungai Sedim. Itu pun diusahakan oleh penduduk tempatan tanpa bantuan Kementerian Pelancongan yang diterajui oleh Kadir pada waktu itu. 

Begitu juga dengan Gunung Bongsu yang mempunyai fauna dan flora yang menarik. Gunung berkenaan tidak pernah dijadikan destinasi pelancongan. Homestay di daerah Kulim-Bandar Baru hidup segan mati tak mahu. Prasarana pelancongan di Kulim-Bandar Baru boleh dikatakan hampir tidak wujud kecuali di sekitar bandar Kulim. Itu pun sebagai back-up untuk Kulim Hi-Tech Park, bukannya untuk pelancongan.

Kononnya, Kulim-Bandar Baru sengaja tidak dimajukan walaupun mempunyai kedudukan yang sangat strategik kerana bimbangkan limpahan penduduk dari kaum Cina ke kawasan tersebut, sekaligus merencatkan peluang UMNO untuk kekal menang. Dek kerana itulah, Kulim-Bandar Baru tidak perlu dimajukan dan dikekalkan dengan suasana tradisinya. 

Itu pendapat Kadir Syeikh Fadzir suatu ketika dahulu. Sekarang, Kadir sudah berubah pendapat. Apa yang diperjuangkannya dahulu, kini menjadi bahan cercaan. Kalau dahulu dia tidak mahu Kulim-Bandar Baru mempunyai demografi yang bercampur-campur, sekarang ini Memorial Park di tengah-tengah perkampungan Melayu pun, menjadi teras perjuangannya bagi membuktikan Pakatan Rakyat adalah gabungan parti yang menyokong kepelbagaian kaum.

Bagi mereka yang waras, pastinya akan berasa aneh dengan sikap Kadir Syeikh Fadzir yang sangat berbeza itu. Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru itu seolah-olah melupakan dosa silamnya terhadap penduduk di Kulim-Bandar Baru yang sentiasa terkebelakang semata-mata mengikut kehendaknya untuk mengekalkan legasinya di daerah tersebut. 

Mungkinkah Memorial Park Sungai Kob akan membuka mata penduduk dan pengundi di daerah Kulim-Bandar Baru bagi memastikan mereka tidak lagi ketinggalan menerusi pemilihan wakil rakyat yang betul dan bukannya wakil rakyat yang hidup dalam nostalgia semata-mata?

Tepuk dada tanya selera!

di negeri kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


Tema Hari Kebangsaan Peringkat <b>Negeri Kedah</b>… Mahfuz Omar <b>...</b>

Posted: 07 Aug 2012 06:03 AM PDT

Kerajaan Negeri Kedah telah pun mengatur Hari Kebangsaan dengan temanya yang tersendiri iaitu 55 TAHUN MERDEKA TERUS BERBAKTI semenjak 17 Julai lagi. Semuanya telah disempurnakan dan disiapkan sementara menanti kedatangan detik 31 Ogos 2012. Bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kedah, langsung tidak dihiraukan oleh Pakatan Rakyat, sungguhpun Kedah seringkali menjadi tempat singgahan para pemimpin Pakatan Rakyat untuk berkempen setiap hari. 

Dengan kata lain, cerita tentang cubaan pihak-pihak tertentu dalam PAS yang cuba menunjuk pandai dan cuba membuktikan yang Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah yang sudah tua nyanyuk tak sedar diri, bukanlah cerita dongeng dan bukan juga cerita karut. 

Pakatan Rakyat dengan bangganya menyatakan, negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat akan menggunakan tema 'SEBANGSA, SEJIWA DAN SENEGARA', sekaligus terlalu bertentangan dengan tema Hari Kebangsaan peringkat Negeri Kedah, 55 TAHUN MERDEKA TERUS BERBAKTI.

Maka timbullah pertanyaan, mengapa agaknya Mahfuz Omar dan Mustafa Ali yang selalunya lebih lajak dari langkah, tiba-tiba membisu dalam hal ini? Takkanlah kedua-dua orang pemimpin PAS itu langsung tidak tahu tentang persediaan yang telah diatur oleh kepimpinan negeri Kedah yang bertunjangkan PAS? Atau barangkali kerana mereka pekak, buta huruf atau sebenarnya pengsan sewaktu Kedah mengumumkan tema Hari Kebangsaan peringkat Negeri Kedah?

Atau sebenarnya Mahfuz dan Mustafa Ali sebenarnya tidak berani langsung memanggung kepala dan membantah 'arahan' DAP dalam hal tema Hari Kebangsaan itu? Atau para pemimpin PAS Pusat sebenarnya lebih berminat untuk mengambil hati para pemimpin Pakatan Rakyat yang lain berbanding menjaga hati Menteri Besar Kedah yang mereka cuba bunuh selama ini?

Perbezaan antara Kedah dengan negeri-negeri Pakatan  yang lain, telah menjadi buah mulut. Bukan di kalangan orang UMNO, sebaliknya di kalangan orang-orang PAS sendiri terutama sekali PAS-PAS Setan yang pada mereka, lebih baik tunduk kepada DAP dan PKR berbanding akur dengan imam dalam jemaah sendiri. Golongan inilah yang berasakan mereka lebih bijak, lebih pandai dan lebih pandai bersiyasah walaupun sebahagian daripada mereka, hanyalah tukang-tukang lawak dan tukang-tukang karut dikir barat seperti Mat Sabu yang mudah mendapat perhatian daripada ahli-ahli biasa yang otak mereka, tidak pernah lebih panjang dari sejengkal sengkenit.

Secara sahnya, di sebalik tuduhan UMNO cuba memburuk-burukkan keperibadian Azizan Abdul Razak dan kepimpinannya, sebenarnya tukang pemburuk adalah dari kalangan PAS sendiri. Lebih malang lagi, diketuai pula oleh pemimpin-pemimpin PAS Pusat!!!

02 di kuala kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Dia buat dah: Ops Samseng tahan 111 motosikal <b>di Kuala Kedah</b>

Posted: 17 Sep 2012 09:25 AM PDT

KUALA KEDAH - Polis menahan 111 motosikal dalam Ops Samseng Jalan Raya di Kampung Padang Garam, Kota Marina, Kuala Kedah dekat sini semalam.

Operasi yang bermula pukul 3 petang dan berakhir kira-kira 11 malam diketuai Ketua Polis Trafik Kota Setar DSP Jamil Ahamed, menahan 132 remaja berusia lingkungan 14 dan 21 tahun termasuk 15 remaja perempuan yang terlibat dalam aktiviti merempit.

Ketua Polis Kedah ACP Adzaman Mohd Jan berkata 86 motosikal disita kerana penunggangnya melakukan pelbagai kesalahan seperti pengubahsuaian kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

"Kita bebaskan 25 motosikal yang mempunyai lesen memandu, cukai jalan selain motosikal mereka tidak diubah suai, selain ujian air kencing negatif," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata polis turut menahan empat remaja lelaki yang positif dadah.

Tinjauan Bernama ketika operasi malam tadi mendapati ibu bapa remaja yang ditahan menunggu di luar pagar Balai Polis Kuala Kedah untuk melihat kelibat anak masing-masing sebelum membawa mereka pulang.

Kesemua remaja terbabit kemudian dibebaskan selepas menjalani ujian air kencing manakala motosikal yang disita akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar. - Bernama

DuitDariOnline - Internet yang sungguh SUPERB!: Kota <b>Kuala Kedah</b>

Posted: 21 Sep 2012 08:20 PM PDT


Kota Kuala Kedah juga dikenali sebagai Kota Kuala Bahang merupakan salah sebuah daripada kota bersejarah yang dibina oleh orang-orang Melayu yang terletak dalam negeri Kedah, Malaysia. Kota Kuala Kedah yang terletak di Alor Setar merupakan merupakan satu kompleks sejarah popular di Kedah.

Kota Kuala Kedah menjadi salah satu tumpuan para pelancong untuk melawat bangunan peninggalan sejarah yang berkaitan dengan negeri Kedah.

Kota Kuala Kedah memiliki pelbagai peninggalan artifek sejarah, antara lain termasuk peninggalan bekas kota, meriam dan paparan maklumat mengenai sejarah Kota Kuala Kedah yang terkenal itu.

Pintu besar kota Kuala Kedah ini dibina di atas perintah Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah II ibni Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muazzam Shah (1778-1789) dan bermula dari 10 Safar 1185H (Mei 1771M) dan siap pada tahun 1194H (1780M) sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin ibni Sultan Abdullah Mukarram Shah II.

Baginda bersemayam di sini pada 1803. Setelah pihak Inggeris mengambil alih, pihak Inggeris membina sebuah pintu gerbang empat segi yang mengadap ke arah jambatan Alor Melaka.
Kota Kuala Kedah merupakan salah sebuah daripada kota yang dibina oleh orang-orang Melayu di Malaysia.

Sumber: Wikipedia

Hah, itulah serba sedikit cerita tentang Kota Kuala Kedah. Saya sempat gak berkunjung ke sini setiba dari Jeti Kuala Kedah..sebenarnya baru pulang dari Pulau Langkawi..turun je dari jeti tros amek kereta yang di parking berbayar. Sekitar jeti Kuala Kedah ni ada banyak tempat parking berbayar untuk kita parking keter kita untuk ke Pulau Langkawi. Round2 sikit jea, memang kalo parking sini xda masalah..anda boleh pilih parking berbumbung ke atau tak, don't worry sebab ada pak guard jaga kereta anda tu.

Ok, berbalik kepada kota Kuala Kedah tadi..Setibanya masuk tengok macam ada sebarisan tembok batu..bila masuk dalam tengok ada sebuah rumah kayu tengah2..rupa-rupanya tu adalah muzium Kota Kuala Kedah.








Huhu, puas hati gak la berjalan-jalan kat dalam kota nih,bila penat tu dok tepi tembok sambil angin sepoi-sepoi bahasa dari selat Melaka bertiup tenang..memang mendamaikan!

02 di jitra - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jitra - Google Blog Search


Hari Raya Berdarah Buat Peniaga Melayu <b>Di Jitra</b> Angkara Majlis <b>...</b>

Posted: 31 Jul 2012 12:12 AM PDT

Aneh sungguh perangai Majlis Daerah Kubang Pasu kerana tindakan yang mereka ambil dilihat seperti pembodek dan penjilat taukeh-taukeh besar, sehinggakan mereka tidak peduli dengan kekejaman yang sedang mereka lakukan, bakal menyebabkan Kerajaan Negeri sekarang ini terdedah sebagai lemah, korup dan penzalim. 

Atau dalam bahasa yang lebih mudah faham, semakin dekat umat Islam hendak berhari raya, semakin giatlah juga penindasan dan kezaliman yang dijalankan oleh PBT yang motif mereka, sudah dapat dibaca.

Hari ini, sepatutnya upacara merobohkan 8 gerai Melayu di hadapan Pasaraya Yawata, Jitra telah dijalankan oleh anggota-anggota penguatkuasa Majlis Daerah Kubang Pasu.

Notis perobohan tersebut telah diserahkan kepada kelapan-lapan orang pemilik gerai menjual pakaian di hadapan pasaraya berkenaan pada 30 Julai 2012.

Anehnya, dakwa peniaga-peniaga bermusim itu, pemilik Pasaraya Yawata sebelum ini telah memberikan kebenaran kepada mereka untuk menjual pakaian di hadapan premisnya. Bagaimanapun, tindakan MDKP bagaikan ingin menjaga hati taukeh pasaraya tersebut dengan bertindak kejam tanpa menghiraukan kebenaran yang telah diperolehi oleh peniaga-peniaga terbabit. 

Sudahlah untung tak seberapa, kini kelapan-lapan pemilik gerai itu, terpaksa berputih mata, menanggung kerugian dan dimalukan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu yang mungkin berasakan tindakan menjaga hati taukeh Yawata lebih mulia dan lebih afdal. 

Perniagaan bermusim seperti yang sedang melanda di seluruh negara sekarang, sebenarnya bukanlah baru. Sebelum Yawata atau gedung-gedung perniagaan besar lain wujud, fundamental kepada perniagaan besar itu adalah peniaga-peniaga kecil. Malah peniaga-peniaga kecil banyak memberikan sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada pasaraya dan gedung-gedung lebih besar. 

Mungkin kerana terlalu ingin menjaga hati dan perasaan taukeh-taukeh yang ada banyak duit dan boleh menghantar hamper-hamper besar ke pejabat Majlis menjelang penghujung Ramadan nanti, maka pegawai-pegawainya memutuskan untuk terlebih dahulu menjaga hati dan mengampu serta membodek walaupun ianya kelihatan amat menjijikkan. 

02 di kuala ketil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala ketil - Google Blog Search


Sampaikan Salam Raya Anda <b>Di Kuala Ketil</b> dot com | Kuala Ketil

Posted: 25 Sep 2012 07:59 AM PDT

Sampaikan mesej raya anda kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda di website kami.

Dengan hanya semurah Rm 1.00/mesej.

Promosi ini sah bermula pada hari ini hingga 1 Syawal 1433 Hijrah…….

Dapatkan borang ucapan  raya di KMK Resources Sdn. Bhd hari ini.

Cepat-Cepat rebut peluang ini!!!!!!

02 di jerai kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jerai kedah - Google Blog Search


KedahLanie.info: Macam mana nak jadi MP <b>Jerai</b> nie.. cakap pun <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2012 02:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 26 September: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengaku permohonan kerajaan Malaysia untuk menambah kuota haji ditolak oleh Kerajaan Arab Saudi bukan disebabkan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah April lalu.Menurutnya, permohonan tersebut ditolak disebabkan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan di Kota Suci itu.

Ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said yang mahukan penjelasan berkenaan langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan kouta haji tidak terjejas akibat perhimpunan tersebut, Jamil Khir cuba mengaitkan kegagalan permohonan tersebut disebabkan Bersih 3.0.

Seraya itu, beberapa Ahli Parlimen Pembangkang bangun mencelah dan menyanggah kenyataan Jamil Khir."Renovation Datuk Menteri…Mekah tengah buat renovation," sanggah mereka sambil disambut lain-lain Ahli Parlimen yang juga tidak berpuas hati terhadap penjelasan tersebut.

Selepas diasak, beliau akhirnya mengaku perhimpunan Bersih yang berlangsung di negara terbabit tidak menimbulkan persepsi buruk kepada Malaysia."Ia cuma andaian sahaja…Bila berlaku perhimpunan Bersih di Mekah, ia menimbulkan persepsi mengaitkan dengan Bersih 3.0," kata beliau dalam Dewan Rakyat.

Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini.Sebelum ini, isu kuota haji dipolitikkan kerajaan Umno BN kononnya tindakan segelintir rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas menyebabkan kerajaan Arab Saudi menyekat tambahan kuota itu. ~kd

02 di padang serai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang serai - Google Blog Search


Laporan Polis Terhadap Imam Masjid An-Najah, <b>Padang Serai</b> <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2012 01:51 AM PDT

Ekoran pendedahan yang dibuat oleh beberapa buah blog tentang khutbah Jumaat yang dibacakan oleh khatib jemputan bernama Mohd Halizal bin Allias di Masjid An-Najah, Padang Serai pada Jumaat 7 September 2012, seramai 20 orang penduduk tempatan telah berkumpul dan kemudian membuat satu laporan polis di Balai Polis Padang Serai diketai oleh Mohamad Taridi bin Darus mewakili qariah Masjid An-Najah, Padang Serai. Selepas itu, perhimpunan bantahan turut diadakan di luar Balai Polis Padang Serai.

Dalam khutbahnya, Mohd Halizal yang telah dijemput oleh Imam masjid berkenaan, menyatakan kononnya, Mursyidul dan beberapa orang tok guru kepada ulama-ulama Ikhwanul Muslimin telah bermimpikan Rasulullah s.a.w pada tahun 1998. Dalam mimpi mereka, Rasulullah s.a.w telah menunjuk Anwar Ibrahim sebagai penyelamat Islam di Malaysia dan ASEAN.

Ketika itu, Anwar Ibrahim adalah penyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sebelum kemudiannya diterajang keluar dari kabinet dan keahliannya dalam UMNO digugurkan kerana salahlaku dan seks luar tabie. Dakwaan itu kemudiannya dipanjangkan ke mahkamah dan Anwar Ibrahim didapati bersalah kerana melakukan salahguna kuasa dan meliwat bekas pemandu peribadi isterinya yang bernama Azizan Abu Bakar. 

Anwar Ibrahim bagaimanapun, sehingga kini menyatakan bahawa semuanya itu adalah palsu dan fitnah semata-mata. Bagaimanapun, pada masa yang sama, sehingga sekarang, Anwar Ibrahim tidak dapat menafikan atau menyanggah bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah dalam kes berkenaan. 

Namun, pada 2005, campurtangan dan masalah teknikal menyaksikan Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. 

Dalam bantahan berkenaan, dilaporkan hadirin memaparkan empat placard yang bertulis: 

1. KAMI HENDAK KHATIB TEMPATAN

2. JANGAN BERPOLITIK DI DALAM MASJID

3. IMAM SILA LETAK JAWATAN

4. JANGAN SESATKAN KAMI

Bantahan berkenaan bagaimanapun, tidak disertai oleh pemimpin-pemimpin politik tempatan selain mendapat liputan daripada beberapa agensi berita seperti BERNAMA, RTM dan BERNAMATV.

Isu khatib jemputan sebenarnya sudah berlarutan sekian lama. Masjid An-Najah berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Kedah (MAIK). Pada masa yang sama, masjid berkenaan turut menerima bantuan dan geran daripada Kerajaan Persekutuan. Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan, masjid berkenaan telah dijadikan sebagai markas PAS menerusi pelbagai aktiviti politik yang sangat cenderung kepada PAS dan Pakatan Rakyat. 

02 di yan kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di yan kedah - Google Blog Search


Semoga Azizan Razak Promosikan Lokasi-Lokasi Pelancongan <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2012 11:01 PM PDT

Himpunan Hijau Ke Putrajaya telah berakhir sudah. Namun begitu, dipercayai beberapa ribu para penyokong PAS yang datang dari luar ke Kedah masih lagi berada di negeri ini untuk melancong dan melawat negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak.

Tidak dinafikan bahawa negeri Kedah sememangnya terkenal dengan beberapa lokasi pelancongan menarik untuk dilawati seperti Batu Hampar, Lata Chelak, Pulau Langkawi, Makam Tok Pasai dan sebagainya.

Harapannya adalah supaya Azizan Razak turut mempromosikan kawasan-kawasan menarik tersebut untuk dikunjungi dan membuktikan kehebatan Kerajaan PAS Negeri Kedah mentadbir negeri Jelapang Padi ini.

Untuk lokasi perkelahan air terjun, suka dimaklumkan bahawa Batu Hampar merupakan lokasi popular yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan kedinginan airnya yang mengalir jernih di kaki Gunung Jerai.

Dengan prasarana dan kemudahan yang tersedia di situ, para penyokong PAS akan melihat sendiri bagaimana cara Kerajaan PAS menjaga keindahan alam semula jadi dan lokasi perkelahan yang terletak di Yan, Kedah, itu.

Selain itu, para penyokong PAS juga diberi pilihan untuk ke Lata Chelak yang terletak di Mukim Kupang, Baling.

Paling menarik di Lata Chelak ialah kawasan yang menjadi tadahan air bersih untuk kegunaan harian para penduduk setempat di situ, menjadi sumber minuman dan membasuh pakaian itu memiliki kejernihan air yang boleh direkodkan di dalam buku "Malaysia's Guiness Book of Record".

Dalam ertikata lain, dengan keindahan alam semula jadi Hutan Simpan Gunung Inas yang tidak terusik eko-sistemnya, Lata Chelak menjanjikan seribu kenangan manis untuk para penyokong PAS yang sudi berkunjung di situ.

Bagi para penyokong PAS yang mahu ke Langkawi, sudah tentu akan memilih Jeti Kuala Kedah untuk ke pulau yang dibangunkan oleh Kerajaan BN suatu masa dahulu.

Sepanjang jalan menuju ke Jeti Kuala Kedah para penyokong PAS akan melewati sebuah pasar utama di Kuala Kedah yang sangat bersih dan terjaga, Pasar Kuala Kedah, yang dibaik pulih dan dijaga rapi oleh ADUN PAS Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustapha dan Ahli Parlimen PKR, Ahmad Kassim.

Kemudian, para penyokong PAS dari luar Kedah akan dijami dengan sistem perparitan paling canggih abad ini di Jeti Kuala Kedah di mana air laut di kuala itu tidak akan mampu menenggelamkan mana-mana jeti atau premis di persisiran kuala tersebut.

Sebelum menaiki feri ke Langkawi, jangan lupa pula melawat makam Tok Pasai dan bersedekah Al-Fatihah kepada arwah.

Makamnya tersergam indah di kawasan letak kereta di depan Jeti Kuala Kedah saja dan sangat mudah disedari kewujudannya dengan berlatar belakangkan bangunan putih seputih salji serta mempunyai papantanda yang sangat jelas untuk dilihat pada pelancong.

Harapannya agar Azizan Razak dan pada pemimpin PAS Kedah tidak malu-malu untuk mempromosikan kesemua lokasi pelancongan tersebut memandangkan ia adalah antara aset terbaik industri pelancongan di negeri ini.

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved