ads

Sabtu, 29 September 2012

02 di changlun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di changlun - Google Blog Search


Hari Raya Berdarah Buat Peniaga Melayu <b>Di Jitra</b> Angkara Majlis <b>...</b>

Posted: 31 Jul 2012 12:12 AM PDT

Aneh sungguh perangai Majlis Daerah Kubang Pasu kerana tindakan yang mereka ambil dilihat seperti pembodek dan penjilat taukeh-taukeh besar, sehinggakan mereka tidak peduli dengan kekejaman yang sedang mereka lakukan, bakal menyebabkan Kerajaan Negeri sekarang ini terdedah sebagai lemah, korup dan penzalim. 

Atau dalam bahasa yang lebih mudah faham, semakin dekat umat Islam hendak berhari raya, semakin giatlah juga penindasan dan kezaliman yang dijalankan oleh PBT yang motif mereka, sudah dapat dibaca.

Hari ini, sepatutnya upacara merobohkan 8 gerai Melayu di hadapan Pasaraya Yawata, Jitra telah dijalankan oleh anggota-anggota penguatkuasa Majlis Daerah Kubang Pasu.

Notis perobohan tersebut telah diserahkan kepada kelapan-lapan orang pemilik gerai menjual pakaian di hadapan pasaraya berkenaan pada 30 Julai 2012.

Anehnya, dakwa peniaga-peniaga bermusim itu, pemilik Pasaraya Yawata sebelum ini telah memberikan kebenaran kepada mereka untuk menjual pakaian di hadapan premisnya. Bagaimanapun, tindakan MDKP bagaikan ingin menjaga hati taukeh pasaraya tersebut dengan bertindak kejam tanpa menghiraukan kebenaran yang telah diperolehi oleh peniaga-peniaga terbabit. 

Sudahlah untung tak seberapa, kini kelapan-lapan pemilik gerai itu, terpaksa berputih mata, menanggung kerugian dan dimalukan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu yang mungkin berasakan tindakan menjaga hati taukeh Yawata lebih mulia dan lebih afdal. 

Perniagaan bermusim seperti yang sedang melanda di seluruh negara sekarang, sebenarnya bukanlah baru. Sebelum Yawata atau gedung-gedung perniagaan besar lain wujud, fundamental kepada perniagaan besar itu adalah peniaga-peniaga kecil. Malah peniaga-peniaga kecil banyak memberikan sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada pasaraya dan gedung-gedung lebih besar. 

Mungkin kerana terlalu ingin menjaga hati dan perasaan taukeh-taukeh yang ada banyak duit dan boleh menghantar hamper-hamper besar ke pejabat Majlis menjelang penghujung Ramadan nanti, maka pegawai-pegawainya memutuskan untuk terlebih dahulu menjaga hati dan mengampu serta membodek walaupun ianya kelihatan amat menjijikkan. 

02 di kulim - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


Saifuddin Nasution Bakal Rampas Peluang PAS <b>di Kulim</b>-Bandar Baru

Posted: 07 Apr 2012 03:52 AM PDT

Sudah menjadi tradisi, kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baru akan ditandingi oleh PAS. Walaupun PAS tidak pernah menang di kerusi tersebut tetapi peningkatan jumlah penyokong di kawasan yang menggabungkan dua daerah dengan pengundi Melayu adalah pengundi majoriti, begitu ketara.

Kemenangan PKR yang pada waktu itu diwakili oleh Zulkifli Nordin di kerusi Kulim-Bandar Baru sebenarnya sangat bergantung kepada sokongan ahli-ahli PAS di kawasan berkenaan. PKR tidak mempunyai asas di Kulim-Bandar Baru. Bahkan kekuatan PKR di Kulim-Bandar Baru juga sangat minima.

Ura-ura Kulim-Bandar Baru dituntut oleh PAS untuk ditandingi semula, telah lama disuarakan. Kemelut PKR di Kulim-Bandar Baru bermula apabila Anwar Ibrahim meminta Zulkiflli Nordin mengosongkan kerusi tersebut bagi membolehkan dia bertanding di situ dalam satu pilihanraya kecil. Zulkiflis Nordin bagaimanapun enggan menyerahkan kerusi tersebut untuk ditandingi oleh Anwar menyebabkan Anwar terpaksa meminta isterinya, Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat melepaskan jawatannya selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan Anwar bertanding di kerusi itu.

Antara pemimpin utama PAS kawasan Kulim-Bandar Baru yang mempunyai potensi besar untuk menguasai kerusi berkenaan adalah Hasan Abdul Razak yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan. Hasan Razak mempunyai kekuatan yang telah dibina dari penghujung 1970-an lagi iaitu semenjak dia menamatkan khidmat sebagai anggota tentera.

Hasan Razak pernah bertanding sebagai calon PAS di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baru pada awal 1990-an tetapi kalah di tangah Kadir Syeikh Fadzir. Bagaimanapun, kekalahan tersebut tidak pernah menggugah semangatnya untuk terus berjuang bersama-sama PAS. Kemuncak kerjaya politiknya apabila dia dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS III Kedah dan Pegawai Khas Azizan Abdul Razak. Malah dikatakan, Hasan Razak merupakan antara orang yang sangat mahir dengan segala polisi dan dasar yang diperkenalkan oleh Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar, jauh lebih hebat berbanding pemimpin-pemimpin PAS Kedah yang lain.

Namun berita terbaru yang diterima, Saifuddin Nasution dikatakan akan dihantar oleh Anwar Ibrahim ke Kulim-Bandar Baru untuk bertanding di kerusi Parlimen tersebut. Sekaligus pada masa yang sama, menolak keutamaan Hasan Razak untuk kerusi tersebut. Sedangkan pada masa yang sama, baik Saifuddin Nasution atau mana-mana pemimpin PKR di Kulim-Bandar Baru tidak akan ke mana-mana tanpa sokongan daripada Hasan Razak dan para penyokongnya.

PKR bukan berada dalam kedudukan terbaik di Kulim-Bandar Baru untuk merampas kerusi yang dipinjamkan oleh PAS kepada PKR untuk PRU12 lalu. PKR di Kulim-Bandar Baru yang hanya bergantung harap kepada sokongan masyarakat India yang kini tersangat aktif berkempen untuk Barisan Nasional, juga bercakaran antara satu sama lain. Dengan kata lain, tanpa sokongan PAS, PKR di Kulim-Bandar Baru besar kemungkinan akan kehilangan wang deposit.

Walaupun nama Saifuddin Nasution mungkin bagi sesetengah orang kelihatan sangat gah, tetapi tanpa akar umbi, Saifuddin Nasution hanyalah katak betung yang kuat berbunyi tetapi badannya kecil.

Pakatan tidak akan menang di Kulim-Bandar Baru tanpa PAS di kerusi tersebut. Siapa yang lebih tahu tentang masalah penduduk dan pengundi di Kulim-Bandar Baru bagi kalangan orang Pakatan selain Hasan Razak. Sedangkan Saifuddin Nasution pula hanyalah penyinggah di Kulim-Bandar Baru. Atau dengan kata lain, Kulim-Bandar Baru merupakan tempat yang sangat asing kepada Saifuddin Nasution berbanding Hasan Razak yang sememangnya bermastautin serta memberikan khidmat kepada penduduk Kulim-Bandar Baru!

02 di kuala kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Makam Tok Pasai Terbiar Tidak Disedari Kewujudannya <b>Di Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 06 May 2012 05:00 PM PDT

KUALA KEDAH – Makam Tok Pasai yang menjadi khazanah peninggalan sejarah berharga di Kedah, seolah-olah terbiar reput tanpa sebarang penjagaan sewajarnya sebagai salah satu artifak penting bukti kewujudan pengaruh awal Islam di negeri Jelapang Padi ini.

Makam yang tidak diselenggara dengan baik oleh pihak berwajib itu turut diakui oleh portal rasmi Kerajaan PAS Negeri Kedah, Warta Darulaman, yang menulis bahawa makam tersebut seolah-olah tidak disedari dan tidak diendahkan kewujudannya.

Persoalannya, meskipun Kerajaan PAS  Kedah menyedari keadaan tersebut, mengapa khazanah tidak ternilai itu tidak dipelihara sebaik-baiknya sebagaimana yang dilakukan oleh pentadbiran sebelumnya?

Makam tersebut yang dahulunya terjaga rapi dan menjadi tumpuan para pelancong sementara meninggu feri untuk ke Pulau Langkawi, kini semakin buruk dan reput binaannya, serta tidak lagi dipedulikan sesiapa pun.

Terletak di dalam kawasan tempat letak kereta di jeti berkenaan, makam tokoh ulama ulung di Kedah itu bagaikan tidak diketahui apabila tiada sebarang papan tanda yang jelas bagi menunjukkan ia berada di situ.

Saya yang berada di jeti tersebut baru-baru ini bagaimanapun sempat menghadiahkan "Al-Fatihah" buat Tok Pasai, seorang pejuang agama Islam yang berhijrah dari kepulauan Indonesia setelah diburu penjajah Belanda pada tahun 1844 itu.

Amat sedih apabila melihat makam seorang tokoh yang berjasa besar dan sangat dihormati oleh rakyat negeri Kedah itu dibiarkan tidak terjaga oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah yang kononnya juga 'pejuang" Islam.

Jika dahulu ia terjaga rapi dengan dua batu nesan diletakkan di pusaranya, kini hanya tinggal satu batu nesan dan kain penutupnya juga sudah hilang entah kemana…

Sepatutnya, lokasi tarikan pelancong beginilah yang perlu dijaga dengan baik oleh Exco Pelancongan Negeri Kedah yang bertanggungjawab, S Manikumar.

Apakah disebabkan S Manikumar merupakan bukan penganut agama Islam maka dia sewenang-wenangnya mengenepikan pemuliharaan peninggalan sejarah awal Islam di Kedah itu?

Di Kedah, terdapat begitu banyak lokasi pelancongan menarik dan sangat kaya dengan khazanah sejarah yang tidak ternilai untuk dilawati oleh pelancong sama ada dari dalam atau luar negara.

Namun dengan tiada fokus yang diberikan oleh Exco bertanggungjawab dan dia lebih gemar naik turun pentas untuk berceramah politik, tugas yang diamanahkan oleh rakyat melalui undi pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu telah dikhianati.

Tidak hairanlah jika industri pelancongan kini merosot di Kedah dan para pelancong lebih tertarik untuk "melencong" dari Kedah ke negeri lain sebagai destinasi utama mereka.

Pasar <b>Kuala Kedah</b> Tidak Terurus Angkara ADUN, Ahli Parlimen <b>...</b>

Posted: 08 May 2012 07:31 PM PDT

KUALA KEDAH – Walaupun mengaku bahawa kebersihan adalah sebahagian dari amalan Islam yang menjadi pegangan Kerajaan PAS Negeri Kedah, keadaan Pasar Kuala Kedah yang kotor tidak terjaga dan dibiarkan tanpa penyelanggaraan begitu menyakitkan setiap mata yang memandang.

Namun bagi para penduduk di kawasan ini, mereka tidak punya pilihan lain untuk mendapatkan keperluan harian lain dan terpaksa menahan busuk untuk pergi ke pasar yang kian tidak terurus di Jalan Kuala Kedah itu.

Pasar Kuala Kedah dibina ketika di era pentadbiran bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Datuk Seri Syed Abdul Razak dan sehingga tahun 2008, pasar tersebut dijaga dengan baik, bersih dan teratur untuk kegunaan peniaga serta masyarakat setempat.

Namun rupa pasar yang menjadi tumpuan utama rakyat di sekitar kawasan Kuala Kedah itu bertukar rupa setelah negeri Kedah jatuh ke tangan PAS yang memenangi pilihanraya pada tahun 2008.

Sejak itu, para peniaga dan penduduk di kawasan berkenaan sering merungut dengan keadaan pasar yang semakin teruk dari hari ke hari.

Melihat keadaan itu, ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa pernah sekali melawat pasar itu dan mengakui tentang keadaannya yang semakin mendukacitakan.

Dia menyatakan bahawa pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sedang dalam perancangan untuk memperbaiki pasar tersebut selain hanya mencadangkan agar diadakan program gotong royong di pasar tersebut.

Difahamkan oleh para peniaga di situ bahawa hanya sekali itulah Nasir melawat pasar tersebut dan tiada lagi lawatan selepas itu. Malah tiada pihak pun yang tampil memperbaiki atau menyelenggara pasar berkenaan atau mengadakan gotong royong di situ.

Berdasarkan aduan beberapa peniaga yang sempat ditemui, keadaan pasar tersebut semakin teruk di mana sumber bekalan air bersihnya hampir tidak berfungsi, bekalan elektrik yang tidak sempurna dan sampah sarap yang tidak diuruskan atau dipantau oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sikap Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim turut dibidas oleh beberapa pengunjung pasar berkenaan di mana dia dikatakan tidak membuat sebarang kerja di kawasan yang diwakilinya.

Dia juga dikatakan lebih banyak menghabiskan masanya di Kuala Lumpur dari meninjau kawasan Parlimen Kuala Kedah dan tidak menjalankan tugas yang diamanahkan rakyat di situ.

"Kalau dia balik ke sini pun, dia balik untuk ceramah politik saja. Tak pun, dia akan balik sini kalau Anwar Ibrahim datang ke Kedah. Kalau tidak, memang dia takdak di kawasan," kata seorang peniaga yang enggan dirakamkan gambarnya.

Desas-desus memperkatakan bahawa Ahmad Kassim enggan menjalankan tugas di kawasan ini disebabkan PAS Kedah yang dikatakan mahu mengambil alih kerusi Parlimen Kuala Kedah yang kini di bawah penguasaan PKR.

Pun begitu, ada juga desas desus yang menyatakan bahawa masalah Pasar Kuala Kedah itu sengaja dibiarkan berlarutan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Taulan Rasul, kerana mahu "membalas dendam" kepada pentadbiran Menteri Besar Kedah, Azizan Razak, yang "tidak mesra Exco".

Apa yang dikesali oleh para penduduk setempat dan peniaga di sini ialah sikap permainan politik yang melibatkan Mohd Nasir, Ahmad Kassim, Taulan Rasul dan Azizan Razak telah menyebabkan mereka menjadi mangsa keadaan.

Kawasan Kuala Kedah terbiar dan tanggungjawab menjaga kesejahteraannya "dikuis-kuis" bagaikan bola di mana para pemimpin yang diberi kuasa pada PRU12 yang lalu saling tolak menolak antara satu sama lain.

Persoalannya, Pilihanraya Umum ke-13 menjelang tiba dan apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat Kuala Kedah akan terus terbiar tanpa pembelaan begitu? Siapa yang perlu dipertanggungjawab?

02 di padang terap - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang terap - Google Blog Search


DPP <b>PADANG TERAP</b>: Ribuan Manusia <b>Di</b> Ceramah Abby Abadi <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2012 08:39 AM PDT

Melayu Mengamuk <b>Di Padang Terap</b> Kerana Ahli Parlimen Tak <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 02:00 AM PST

Ahli Parlimen Padang Terap adalah Mohd Nasir Zakaria dari Parti PAS. Pada ketika berkempen PRU12 lalu, pelbagai janji telah ditabur. Antara janji-janji yang sehingga kini dipegang kejap oleh para penduduk dan pengundi di Padang Terap adalah membantu meringankan bebanan penduduk terutama sekali golongan marhein.

Namun setelah mendapat kuasa, lain pula ceritanya. Bukan bantuan yang diberikan, tetapi masalah kepada penduduk di Padang Terap. Paling ketara sekali ialah peniaga-peniaga pekan nat di Padang Terap.

Dengan beralasankan KOTOR, Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) bertegas untuk menutup operasi pekan sehari atau pekan nat di Naka selama dua minggu. Pun begitu, kebanyakan orang di Naka tahu, penutupan tersebut berpunca daripada persaingan politik. Akibat persaingan dan permainan politik oleh Mohd Nasir Zakaria, akhirnya yang menjadi mangsa adalah peniaga-peniaga pekan nat Naka.

Penutupan pekan nat Naka dibuat dari 5 Februari 2012 sehingga 18 Februari 2012 atas arahan Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap. Dan penutupan tersebut dibuat tanpa sebarang rundingan atau perbincangan dengan peniaga-peniaga di pekan nat itu.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Majlis Daerah Padang Terap, Abdul Ghafar Yahya berkata, peluang telah diberikan kepada para peniaga di pekan nat Naka untuk menjaga kebersihan. Disebabkan keengganan dan sikap sambil lewa para peniaga, maka tindakan menutup pekan nat itu dibuat untuk dibersihkan.

Yang menjadi persoalan ialah, setiap peniaga dikenakan sejumlah bayaran tertentu oleh pihak majlis. Bagaimanapun, menurut Abdul Ghafar, bayaran tersebut adalah untuk sewa tapak, bukannya untuk kos pembersihan yang dilakukan oleh pihak majlis. 46 kes demam denggi dan 20 kes kencing tikus dipersalahkan kepada para peniaga pekan nat, sekalipun yang sepatutnya menjalankan tugas pembersihan pada sepanjang masa adalah Majlis Daerah Padang Terap sendiri.

Siang tadi, dari jam 9:45 pagi sehingga 11.30 pagi, satu demonstrasi aman telah diadakan oleh peniaga-peniaga pekan nat seramai 50 orang di pekan nat Naka. Demonstrasi tersebut bertujuan untuk membantah tindakan Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) menutup operasi pekan nat selama dua minggu selain mengutuk keras tindakan kerajaan PAS Kedah bersabit isu ini.

Turut terlibat dalam perhimpunan tersebut ialah Persatuan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (IKHLAS).

Sudah terdengar khabar, pekan nat Kuala Nerang juga akan ditutup selama dua minggu oleh PAS Kedah sebagai hukuman kepada para peniaga yang tidak lagi memperlihatkan sokongan kepada PAS Kedah.

Seandainya itu yang berlaku, amat malang bagi para peniaga terbabit yang sudah tentu terpaksa mencari sumber pendapatan baru memandangkan mereka tidak lagi dibenarkan berniaga. Kerajaan Negeri seharusnya menyelesaikan masalah ini dengan cara yang lebih baik berbanding tindakan yang bukan sahaja merugikan Kerajaan Negeri sendiri, sebaliknya menganiaya golongan marhein yang juga merupakan golongan paling ramai membuang undi.

02 di yan kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di yan kedah - Google Blog Search


Imam Mahdi Versi Karut <b>Di</b> Putrajaya Sebenarnya Banyak <b>Di Kedah</b> <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2012 02:46 AM PDT

Mencari jalan kebenaran, berpegang teguh kepada ajaran Rasulullah s.a.w, memartabatkan iman dan taqwa dalam diri dan sebagainya, merupakan tanggungjawab dan kewajipan setiap orang yang mengikrarkan kalimah thoiyibbah. Bertaqarub kepada Allah Taala dengan harapan 'dapat melihat Wajah-Nya' di akhirat kelak, merupakan cita-cita semua orang yang tahu apa yang diikrarkan oleh lidah dan tasdiq di dalam hati.

Kisah individu tertentu yang berangan-angan menjadi Imam Mahdi atau Penyelamat, bukanlah cerita lapuk atau cerita penglipurlara. Sebaliknya ia wujud semenjak zaman berzaman lagi. Salah seorang yang sangat terkenal adalah Mirza Ghulam Ahmad yang memperkenalkan ajaran Ahmadiyyah Qadiniyyah yang difatwakan sesat dan songsang. 

Sebenarnya 'Imam Mahdi' tidak ketinggalan wujud juga di Kedah. Salah seorang daripada mereka yang terkenal adalah AZHAR BIN WAHAB yang berasal dari Kulim. Walaupun hanya tamat Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Padang Serai, Kedah, dan pernah bekerja sebagai pemandu di Bank Simpanan Nasional di Kuala Lumpur, dia mampu mentarbiyyahkan dan mengumpul pengikut yang agak ramai. 

Modus operandi 'Imam Mahdi' ini amat mudah iaitu, menghantar kanak-kanak berusia 8 sehingga 11 tahun untuk mengutip derma di seluruh Malaysia. Kononnya untuk membina Pusat Tahfiz di Yan, Kedah. Dan menariknya, orang yang hanya lulusan tingkatan tiga ini boleh pula membuka pusat refleksologi di Pulau Pinang atas nama Pusat Rawatan Cinta

Azhar mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiah yang sama dengan Al-Arqam memandangkan dia merupakan bekas pengikut Al-Arqam. Pada masa yang sama, dia juga mendakwa didampingi oleh Pak Syeikh atau Wali Allah. Dalam ceritanya, Imam Mahdi ini mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai bersama-sama Wali Songo dan Nabi Khaidir sedangkan tubuhnya pula berada di Damansara. Setiap ahlinya diwajibkan bersumpah setia (berbaiah) mengikut segala arahan guru dan merahsiakan kegiatan mereka daripada orang ramai. 

Dia juga mendakwa mempunyai bala tentera dan kapal terbang ghaib, mempunyai masjid jin di Gunung Jerai, bahkan sering bermesyuarat dengan golongan jin di gunung-gunung tertentu seperti Gunung Santubong di Sarawak. 

Selepas keluar dari Al-Arqam, Azhar menyertai Kumpulan Al-Mansur.

Tukang-tukang urutnya perlu membaca mantera berikut sebelum mengurut, "Ya Allah dengan barkat dan karamah guruku Tuan Azhar, sembuhkanlah penyakit…".

Anehnya, Azhar dikatakan tidak pernah solat Jumaat dan membolehkan Solat Jamak pada setiap waktu walaupun bukan dalam musafir. 

Budak-budak yang mengutip derma bagi pihaknya bertaburan di merata-rata tempat sama ada siang, mahupun tengah malam. Untuk melindungi tembelang, maka setiap penderma akan 'disedekahkan' kepingan resit. Selain itu, dituliskan juga nombor telefon agen pengutip derma bagi pihak Azhar Wahab pada resit berkenaan. 

Kebejatan serta keterujaan sebahagian umat Islam untuk mendapatkan barokah pemerintahan Imam Mahdi telah dipergunakan dengan sewenang-wenangnya oleh individu-individu tertentu yang mempunyai kepentingan. 

Jadi, jangan hanya memandang Imam Mahdi yang mengamuk menggunakan pedang samurai di Putrajaya… perhatikan juga manusia yang menggunakan budak-budak perempuan mengutip derma sambil kononnya menjual madu lebah khasiat pada tengah malam atas alasan membantu Pusat-Pusat Tahfiz yang entah wujud, entahkan tidak!!!

Kesian Imam Mahdi… kalau dia sudah ada sekarang di dunia ini, harus bukan sahaja kepalanya ditepuk, bahkan mungkin juga Imam Mahdi akan bergolek-golek di atas tanah sebab marah!

02 di pendang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pendang - Google Blog Search


Mat Sabu Makin Sah <b>Di Pendang</b>, Hayati Osman Ditolak Ke Tokai <b>...</b>

Posted: 26 Jul 2012 05:00 PM PDT

Dengan bermodalkan Taulan Mat Rasul dah tersangat renta, dah tua dan nak berjalan pun, terkengkang-kengkang, maka Mat Sabu pun dihalalkan masuk ke Pendang untuk bertanding di kerusi Parlimen Pendang. Manakala penyandangnya sekarang, Dr. Hayati Othman akan ditolak ke  DUN Tokai dan diangkat sebagai FUTURE MENTERI BESAR OF KEDAH menggantikan Azizan Abdul Razak. 

Untuk 'menghalalkan' Mat Sabu ke Pendang, dikatakan kerusi Parlimen Pendang pernah disandang oleh bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadzil Nor. Konon-kononnya dengan jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh Mat Sabu sekarang ini, maka sesuai sangatlah kerusi itu ditandingi dan dimenangi oleh Mat Sabu. 

Mat Sabu adalah orang Pulau Pinang. Mat Sabu tidak pernah bertanding di Pulau Pinang selepas dua kali kalah di Permatang Pauh pada tahun 80-an dahulu meskipun dia mendapat gaji besar dari Pulau Pinang. 

Alasan yang mewajarkan Mat Sabu untuk bertanding di Pendang ialah, PAS Pendang menawarkan kerusi Parlimen Pendang untuk ditandingi oleh Mat Sabu. PAS Pendang sudah tidak mempunyai sesiapa pun untuk bertanding di kerusi tersebut. PAS Pendang terpaksa menumpang tuah dan hebiaq mulut Mat Sabu untuk meneruskan penguasaan Kerusi Parlimen Pendang. 

Namun sesuatu yang sangat jelas dalam hal ini ialah, Mat Sabu sebenarnya sedang memberikan isyarat kepada Azizan Abdul Razak bahawa dia sebenarnya sangat berkuasa di Kedah.  Banyak YDP PAS Kawasan yang bergantung di ketiaknya. Mereka tidak takut-takut untuk menyatakan kepada Azizan, dia tidak lagi diperlukan di Kedah sama ada sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri mahupun sebagai Menteri Besar. Sudah ada orang yang lebih layak untuk Azizan bagi jawatan tersebut dan orang berkenaan adalah dari kumpulan Mat Sabu.

Dalam hal ini, orang berkenaan adalah Hayati Osman, individu yang sebelum ini dikaitkan sebagai 'orang Azizan' tetapi dengan perkembangan terbaru ini membuktikan yang Azizan sebenarnya bersendirian. Tiada sesiapa pun yang mahu bergandingan atau pun membantu Azizan. 

Wala' sekarang ini sudah tidak wujud kerana wala' kepada Mat Sabu selaku Timbalan Presiden jauh lebih penting berbanding wala' kepada Azizan yang hanya berjawatan Pesuruhjaya PAS Kedah dan Menteri Besar.

Perkembangan terbaru ini amat menarik untuk diperhatikan. Kalau PAS menggelakkan UMNO kerana upacara cantas-mencantas, nampaknya PAS Kedah juga tidak terkecuali daripada adat berkenaan. Malah lebih teruk lagi, PAS Kedah terpaksa membawa masuk jagoan dari luar untuk meneruskan tradisi berkenaan. 

Yang menjadi persoalan, adakah Azizan Abdul Razak akan angkat bendera putih dan menyerahkan tampuk pentadbiran negeri kepada Kumpulan Mat Sabu dan Mahfuz Omar seandainya PAS berjaya mengekalkan penguasaan DUN Kedah selepas PRU13 nanti?

Kita sama-sama jadi penonton…

KedahLanie.info: 60 rumah <b>di Pendang</b> dilanda banjir petang <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2012 06:00 PM PDT

PENDANG - Kira-kira 60 buah rumah di 15 kampung di daerah ini ditenggelami banjir akibat hujan lebat sejak awal pagi semalam. Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Kubang Kuar, Banggol Kambing, Seberang Pendang, Jalan Kampung Baru Sungai Tiang, Pondok Haji Hussin, Tanjung Radin dan Ayer Puteh.
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Pendang, Roshasniza Roski berkata kejadian berlaku pukul 3 petang semalam dan membabitkan kediaman di kawasan rendah yang terletak berhampiran Sungai Pendang.
Katanya JPAM Pendang kini dalam keadaan bersedia untuk memindahkan mangsa jika paras air banjir meningkat.
"Setakat pukul 11 pagi tadi, paras air Sungai Pendang berada pada paras 2.8 meter dan jika hujan lebat berterusan hari ini mungkin paras air sungai meningkat dan boleh mengakibatkan banjir di kawasan rendah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Roshasniza berkata rata-rata kediaman terbabit yang merupakan rumah dua tingkat ditengelami air sedalam 0.5 hingga satu meter. - Bernama

Pasai Apa Mat Sabu Menyibuk Nak Bertanding <b>Di Pendang</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2012 10:38 PM PDT

Dalam sejarahnya, Timbalan Presiden PAS sekarang, Mat Sabu, cukup mengelak daripada bertanding di negeri kelahirannya, Pulau Pinang selepas dua kali kalah di DUN Penanti pada tahun 1982 dan Parlimen Permatang Pauh pada tahun 1986. Mat Sabu boleh merantau ke merata-rata tempat termasuklah menjadi Ahli Parlimen Kuala Kedah tetapi Mat Sabu cukup SEGAN dan TAKUT hendak bertanding di Tasek Gelugor, tempat kelahirannya.

Walaupun sudah menjadi budaya PAS untuk meletakkan calon-calonnya mengikut sesuka hati dan selera mereka sendiri tanpa mengira selera pengundi dan keperluan rakyat yang diwakili, namun amalan berkenaan dilihat sebagai AMALAN MULIA. 

Dan mungkin kerana itulah juga, kebanyakan wakil-wakil rakyat PAS yang duk ada la ni, lebih banyak ceramah daripada berjalan mencari dan membongkar masalah rakyat. Sebabnya mudah, kebanyakan kepala otak wakil-wakil rakyat PAS hanya terfikir satu perkara standard… SEMUA MASALAH RAKYAT AKAN DISELESAIKAN OLEH UMNO DAN BARISAN NASIONAL. Justeru apabila calon-calon PAS menang, perkara pertama yang mereka lakukan selepas menang adalah BERCERAMAH DAN BERKEMPEN sambil mengedarkan tabung-tabung dan karung-karung unit amal atas nama JIHAD walaupun hakikatnya duit yang dikutip daripada orang ramai itu sebenarnya adalah untuk membayar penceramah dan penganjur.

Walaupun bukan kesemua wakil rakyat PAS begitu, tetapi majoriti daripada mereka, begitulah perangai dan amalannya. Tersangatlah kurang mereka mengambil berat tentang hal kebajikan rakyat, sebaliknya yang dipentingkan adalah ceramah dan ceramah dan ceramah. Mungkin kerana memikirkan itulah kaedah paling mudah untuk mereka mengumpulkan pendapatan terutama dalam hal MENJUAL AYAT-AYAT AL QURAN DAN HADIS untuk mendapatkan lebih banyak derma dan sedekah.

Namun seperkara yang dapat dilihat dan menjadi punca kepada permasalahan ini ialah, ia adalah disebabkan calon-calon yang menang itu sebenarnya bukan anak tempatan.  Sebaliknya diimport dengan hanya berjenamakan PAS. Calon-calon luar atau lebih tepat lagi PARACHUTE ini sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang masalah penduduk setempat. Dan mereka sebenarnya tidak pernah berminat untuk menyelesaikan masalah penduduk setempat. Calon-calon import tidak memikirkan tentang kebajikan dan keperluan rakyat yang diwakilinya tetapi hanya untuk memastikan parti yang diwakili menjadi bertambah berkuasa kerana lebih banyak kerusi yang dimiliki. 

Mat Sabu sebenarnya berada dalam permainan berkenaan. Sepanjang dia menjadi Ahli Parlimen Kuala Kedah dari tahun 1999 sehingga 2004, TIDAK ADA SATU APA PUN yang dilakukannya untuk rakyat dan penduduk. Sehinggalah dia kemudiannya, dipindahkan ke Kuala Terengganu, Mat Sabu tetap juga tidak dihantar untuk bertanding di negeri kelahirannya sendiri iaitu Pulau Pinang. 

Kalau dengar sembang Mat Sabu, letak dia di mana-mana pun, pasti kemenangan akan datang. 

Anehnya, kali ini, Mat Sabu mengintai-ngintai peluang di Parlimen Pendang. Parlimen Pendang sekarang ini diwakili oleh Dr. Hayati Osman, salah seorang pemimpin PAS yang low-profile tetapi disenangi oleh rakyat yang diwakilinya. Bagaimanapun, memandangkan Hayati Osman adalah 'orang' Azizan Abdul Razak, Mat Sabu melihat peluang itu sebagai terbuka luas untuk merampas kedudukan Hayati Osman dan cerita-cerita disebarkan kononnya Hayati Osman akan bertanding di kerusi DUN sekaligus memberi laluan kepada Mat Sabu untuk bertanding di situ. 

Bukan lagi rahsia umum bagaimana Mat Sabu merupakan salah seorang daripada KEPALA BESAR yang cuba menggulingkan Azizan Abdul Razak tidak lama dahulu dari kerusi Menteri Besar Kedah. Bergandingan dengan Mahfuz Omar, pemimpin-pemimpin PAS yang keciciran otak dan tidak mempunyai sebarang kelulusan akademik itu telah melakukan pelbagai usaha menerusi kerjasama dengan beberapa pemimpin tempatan Kedah yang lain seperti Phahrolrazi Zawawi yang sangat berkeyakinan, Azizan boleh ditumbang dan disepak terajang dengan mudah. 

Timbul pertanyaan, apakah kali ini, Azizan Abdul Razak TERPAKSA membenarkan Mat Sabu bertanding di Kedah, sekaligus menyebabkan dia sendiri terjun dalam lubang untuk diperangkap oleh Mat Sabu dan gerombolannya di Kedah atau Azizan Abdul Razak akan mengulangi ketegasannya pada 2008 yang enggan membenarkan Mat Sabu bertanding mewakili PAS dalam mana-mana Parlimen atau DUN di Kedah?

Apa fikiran anda terutama dengan pergolakan di Kedah kebelakangan ini?

02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


My Butter And Cheese: Pengalaman Island Hopping <b>di Langkawi</b>

Posted: 24 Sep 2012 01:55 AM PDT

Salam sahabat semua,
Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman island hopping di Pulau Langkawi. Ini merupakan kali kedua saya dan suami ke Langkawi setelah kunjungan kami yang pertama adalah hampir 5 tahun lepas. Pengalaman ke Langkawi kali ini agak berbeza kerana perancangan dibuat oleh suami secara spontan dan kami ke sana pula menaiki keretapi KTM dari KL Sentral ke Arau Perlis.

Pengalaman yang cukup-cukup bermakna buat kami terutamanya saya yang pertama kali menaiki keretapi... Saya sangat-sangat teruja biarpun dalam perjalanan ke sana, kami tidak dapat tidur dek kerana suasana yang bising di kabin kelas ketiga. Ada antara penumpangnya berdengkur dengan sungguh kuat dan menganggu penumpang lain..  Bila diingat-ingat semula memang kelakar! Tapi, itulah yang dikatakan pengalaman...

Kami mengambil pakej Island Hopping di Terminal Feri Pekan Kuah, di tempat yang sama kami menempah kereta sewa. Harga bagi seorang dewasa adalah RM45. Aktiviti ini menyediakan 2 sesi iaitu sebelah pagi dan juga di sebelah petang. Peserta boleh memilih untuk menaiki bot di Terminal Feri Pekan Kuah ataupun di Pantai Cenang. Kami memilih untuk menyertai aktiviti ini di sebelah pagi bermula jam 9 hingga jam 1 petang.

Pakaian yang bersesuaian bagi aktiviti island hopping ini adalah pakaian untuk mandi laut iaitu seluar trek dan tshirt. Ada di antara peserta yang memakai pakaian untuk bersiar-siar kerana tidak tahu pakaian yang bersesuaian. Sudahnya, mereka hanya dapat memerhati sahaja peserta lain mandi manda di pantai dan juga di tasik.

Suka saya kongsikan beberapa tips bagi yang menyertai aktiviti ini untuk membawa bekalan air dan makanan secukupnya kerana aktiviti ini mengambil masa yang agak lama dan tidak ada orang yang berniaga makanan mahupun minuman di pulau-pulau yang dilawati. Bekalan makanan dan minuman ini perlu dibawa dalam beg galas kerana jika anda membawanya dalam beg plastik, maka bekalan anda akan menarik perhatian monyet-monyet yang berkeliaran di Pulau Dayang Bunting kelak.

Jam 9 pagi, kami seramai 10 orang dibawa dalam sebuah bot ke destinasi pertama iaitu Pulau Beras Basah. Di sini peserta boleh mandi manda ataupun mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan disini seperti parasailing, snorkelling atau banana boat. Di Pulau ini juga tidak ada kemudahan tandas jadi pengunjung terpaksalah plan 'pembuangan' sebaik-baiknya. Setelah sejam kami disini, kami dibawa pula ke destinasi memberi makan burung helang atau "Eagle Feeding". Di sini, kami hanya duduk di dalam boat dan melihat helang yang berlegar-legar di angkasa mencari mangsa iaitu ikan-ikan di laut. Menurut pemandu bot kami, dulu pelancong dibenarkan memberi makan burung helang tetapi dek kerana masalah pencemaran laut dan juga keselamatan, pelancong tidak lagi dibenarkan memberi makan burung-burung helang di sini. Destinasi ketiga kami pula iaitu ke Pulau Dayang Bunting. Sebaik menghampiri pulau ini, jelas kelihatan pulau ini yang membentuk seolah-olah seorang perempuan mengandung yang sedang berbaring. Kami tiba di pulau ini dengan disambut oleh monyet-monyet liar yang berkeliaran mencari beg plastik yang dibawa pengunjung. Ada antara ahli kumpulan kami yang membawa beg plastik berisi air mineral dirampas oleh monyet di sini. Mujurlah dia tidak diapa-apakan oleh monyet tersebut. Tiba di pulau ini, kami perlu memanjat bukit tersebut untuk ke Tasik Dayang Bunting. Walaupun penat memanjat bukit tersebut, namun hasilnya sungguh berbaloi. Cantik sungguh pemandangan tasik tersebut dengan airnya yang berwarna hijau. Disini, pelancong dibenarkan mandi manda di tasik ataupun menaiki bot solar yang boleh disewa dengan harga RM30 selama setengah jam atau paddle boat dengan harga RM20 juga selama setengah jam. Disini juga tidak ada Life Guard jadi segala aktiviti di sini adalah atas tanggungjawab sendiri. Menurut lagenda tasik dayang bunting, sesiapa yang berkehendakkan cahayamata perlu minum air di tasik ini dan berniat mudah-mudahan Allah mengurniakannya anak. Bagi yang hendak minum atau mengambil air di tasik ini, pengunjung dinasihatkan agar mengambilnya di tengah tasik kerana air di tepi tasik agak tercemar dengan aktiviti mandi manda. Kami menghabiskan masa di tasik ini selama lebih kurang dua jam dan mendaki semula bukit untuk menaiki bot untuk pulang ke Terminal Jeti Pekan Kuah. Dalam perjalanan pulang, pemandu bot membawa kami melihat Gua Kelawar dan Pusat Ternakan Ikan dengan tambahan harga RM10 seorang. Aktiviti tambahan ini merupakan optional dan tidak terdapat dalam pakej Island Hopping. Di Gua Kelawar kami berkesempatan melihat kelawar yang bergantungan di dinding gua. Manakala di Pusat Ternakan Ikan pula, kami berkesempatan memberi makan ikan-ikan yang diternak di dalam sangkar. Selesai aktiviti tersebut, kami dibawa pulang semula ke Terminal Feri dan perlu bersiap-siap untuk check out hotel dan menaiki Feri untuk ke Terminal Feri Kuala Perlis. Tiket keretapi KTM kami jam 7 petang, dan kali ini kami merasai pengalaman menaiki keretapi Kelas Pertama yang ada kabin dan ruang tidur. Walaupun harga tiket Kelas Pertama dan Kelas Ketiga adalah dua kali ganda, namun pengalaman menaikinya adalah yang paling menyeronokkan. Pengalaman island hopping di Langkawi ini membuatkan kami teruja untuk ke Langkawi semula. Dek kerana keterujaan tersebut maka kami telahpun membeli tiket keretapi KTM untuk hujung minggu ini dan kali ini kami akan menyertai aktiviti Snorkelling di Pulau Payar pula. Insya Allah, pulang dari Langkawi nanti akan saya kongsikan pula pengalaman snorkelling di sana....

02 di padang serai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang serai - Google Blog Search


Tembelang dan Kejalangan Aishah Ghazali Serta Suami Barunya <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2012 08:45 PM PDT

Dalam salah satu posting yang bertajuk, PERKAHWINAN ADUN MERBAU PULAS DENGAN KEKASIH GELAPNYA, MEMBUATKAN KAINNYA MAKIN GALAK DISELAK, terdapat banyak perkara menarik terutama sekali daripada dua orang pengkomen yang menggunakan pelbagai nama sedangkan individunya hanya seorang. Sekaligus menunjukkan betapa terdesaknya, kumpulan yang menyokong Sazali Sudin dan Aishah Ghazali yang telah dikenalpasti sebagai PARASIT yang cuba menjatuhkan dan memberi imej buruk PAS serta Azizan Abdul Razak khususnya di Merbau Pulas. 

Aishah Ghazali merupakan ADUN Merbau Pulas merangkap Ketua Muslimat PAS Kedah yang baru berkahwin dengan Sazali Sudin, bekas penyelia kilang yang mendapat pelbagai keistimewaan setelah membuat hubungan sulit dengan Aishah Ghazali sebelum berkahwin. Skandal dan hubungan sulit antara Aishah Ghazali dengan Sazali Sudin bukan lagi perkara rahsia di kalangan penduduk, malahan penyokong PAS sendiri, terutama dengan kekerapan Aishah bersama-sama Sazali 'merantau' ke sana ke mari termasuklah dalam kempen-kempen pilihanraya kecil dari tahun 2008 dahulu. 

Salah seorang pengkomen yang menggunakan nama ABUYA memberikan SEDIKIT PERINCIAN yang sangat menarik untuk renungan dan pemikiran terutama sekali bagi golongan yang kuat menyokong Sazali Sudin yang lebih dikenali sebagai Cikgu Li walaupun dia tidak pernah menjadi guru pun dan isteri keduanya, merangkap ADUN Merbau Pulas. 

SAZALI SUDIN!!!

ZALI HANG DAH DI BERI PELUANG BELA DIRI MASA DLM MESYUARAT MTD BERASAMA WAKIL PAS KAWASAN DI PEJABAT PAS KELANG LAMA.HANG TAK JAWAB PUN TUDUHAN DAN DAKWAAN YANG DI BUAT OLEH AJK MTD KAT HANG .HANG JAWAB "NO KOMEN" DALAM MESYUARAT.

LEPAS TU HANG DOK KUTIP SIMPATI KATA ORANG TAK BAGI PELUANG KAT HANG.APARAAAAAH BERPOLITIK LAH CARA SIHAT.HANG DAN ESAH PERNAH SURUH ALWEE DAN TOLIB KELUAR DARI MESYUARAT BILA ESAH NAK CADANGKAN HANG GANTI JAWATAN ALHI MAJLIS PBT ESAH DOK KATA DEPA BERDUA NI TAK BERFUNGSI JADI AHLI PBT .TAPI DEPA BERDUA AKUR SURUH DEPA KELUAR.

MAKA PADA MALAM ESAH CADANGKAN HANG ZALI GANTI KETUA PEMUDA PAS PADANG SERAI SEBAGAI AHLI MAJLIS ,MASA TU HANG ZALI TENGAH DOK BERCINTA SAKAN.

DEMI CINTA HUAHUAHUA ,HEHEHEHE,HUHUHUHU.WOII ZALIII SESEORANG TU KENA KELUAR BILA NAK BINCANG PASAI DIRI DIA…HANG MEMANG KAKI FITNAH!!!!!

MASA AGM DI DEWAN SERBA GUNA ZALI NYD KELUAR IKUT ESAH PI PROGAM MASA AGM BELUM TAMAT .USUL DARI AHLI PAS SEBULAT SUARA MINTA PAS BETANDING DI LUNAS PRU 13 SEBAB ADUN DARI PKR LOMPAT PARTI PETUGAS PAS KECEWA.YDP DAN PAS KAW KENA LAKSANAKAN USUL TERSEBUT.

HANTAR SURAT PADA JPN,PJ ,BNPNK,PAS PUSAT ,PERGARAH PILIHANRAYA PAS PUSAT DAN BETEMU PRESIDEN DAN MENYERAHKAN SURAT USUL BY HAND.SURAT PADA ANWAR IBRAHIM MENYATAKAN HASRAT PAS AGAR CALON PKR PRU 13 BENAR2 TERPILIH DAN TIDAK MENGKIANATI PENGUNDI DI PADANG SERAI,WOI ZALI SUDAHLAH HANG NI DARI DULU DOK REKA CERITA FITNAH SUPAYA PAS KAWASAN NAMPAK BURUK.PORAHHHH ZALI BINI HANG ESAH TU AJK PAS KAWASAN WAKIL MUSLIMAT DAH LAMA DOK PONTENG  MESYUARAT, TAK PERNAH HADIR MESYURAT DEWAN HARIAN DAH HAMPIR 2 TAHUN..

DOK MENGELAK DAN TAKUT2 SOKLAN PASAI KESAH CINTA DI DITANYA OLEH AJK PAS KAW..PASTU DOK BAWA BERITA FITNAH KATA PAS KAW BERGADUH DENGAN DIA.

ELOK LAH HAMPA LAKI BINI PERANGAI SAMA ,KAKI PEMBOHONG PEMBELIT.

ZALI HANG BAGITAU BINI HANG TU MAI PEJELAS DALAM MESYURAT PADA PIMPINAN PAS KAWASAN .AWAT YDP DAN AJK NAK KENA MERAFAK SEMBAH PI JUMPA DIA KA?.

MB PUN KENA MOHONG DENGAN ESAH .

WEEEEII ZALI, KESAH CINTA MULA DIKESAN MASA HANG TINGGALKAN ROMBONGAN MTD KERANA NAK JOIN GROUP ESAH .HANG INGAT LAGIKAH MUKTAMAR DI GOMBAK .?

HANG CUKUP RAJIN PI HOSPITAL MASA CIKGU RAMLI DI ICU KULIM TAPI TAK PERNAH BAWA BINI HANG .HARI2 DOK PI BGI SEMANGAT KAT ESAH HUHUHUHU.

HANG ADA BERSAMA GENG  ESAH DI MERLIMAU DAN KERDAU MASA TU ESAH TAK PASTI MASIH DALAM EDAH LG KA .SEKALI LG GENG MTD PI BERASINGAN .AWAT HANG NAK SURUH AKU DEDAH BANYAK LAGI KA?

NI CONTOH2 BIASA DULU.

HANG PERNAH GEMPAQ NAK SAMAM AHLI DARI SG SELUANG BILA DIA NAK TAU KESAHIHAN YANG TU TENGAH MABUK BERCINTA DENGAN ESAH.PAS TU HANG DENGAN BII HANG ESAH DOK SEBAR CERITA KATA PAS KAWSAN DOK FITNAH HAMPA BERDUA BERCINTA KIKIKIKIKI.NAFI PASTU TUDOH ORANG FITNAH .NAK COVER LAH KONON PEEERAAAAAH.

PAK SYEIK TU TARAF BALACI DAN PECACAI SAZALI SUATU KETIKA DAHULU,

HOIIII,ZALI LA NI PASAI PA SYEIK TAK MAU LAGI JADI GURKHA HANG LAGI. DULU DIA BERMATIAN2 DOK PERTAHAN HANG, HANG PULA PERGUNAKAN DIA MENYERANG PAS KAW.

SEBBAAAB DIA DAH TAU TEMBELANG BURUK HANG .LA NI HANG PULA DOK HINA DIA SEBAB DIA JUGA MUNGKIN TAK MAU ESAH JADI CALON PRU 13.DIA PULA TAK MAU LAGI HANG JADI TIM PENGARAH 1 MTD.HUAHUAHUA,HEHEHEHE,HIHIHIHI.MUNGKIN DAH SAMPAI MASANYA TEMPOH HANG ZALI DOK MENIPU KAMI.

Apa fikiran anda? Nampaknya makin lama, makin besar pula tembelang dan kangkangan Aishah serta Sazali Sudin yang dibuka oleh penyokong-penyokongnya sendiri!

02 di jerai kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jerai kedah - Google Blog Search


Port Skodeng <b>Di</b> Seluruh <b>Kedah</b> Meriah Menjelang 14 Februari <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2012 03:00 AM PST

Kalau ditengok pada Youtube, anak-anak muda Kedah merupakan golongan yang paling hebat memperagakan aksi seks bebas berlatar belakangkan alam sekitar. Cari sahaja di Youtube, kita akan menemuinya tanpa bersusah payah walaupun Youtube mengamalkan sekatan untuk adegan-adegan seks. Lubuk Tupah misalnya, sangat terkenal kerana video seks skodeng sehingga ke hari ini, berbanding keindahan Lubuk Tupah itu sendiri.

Salah satu daripada port berasmara yang sangat terkenal di Kedah adalah GUNUNG JERAI.

Antara tempat-tempat di Gunung Jerai yang kerap menjadi sasaran golongan muda melepaskan nafsu adalah di pondok-pondok rehat yang terletak di kawasan agak gelap. Malah semak belukar di sekitar jalan menuju ke puncak Jerai juga, kerap kali menjadi port yang amat menarik untuk golongan muda memadu asmara.

Menjelang 14 Februari, Gunung Jerai sekali lagi menjadi sasaran golongan yang tidak peduli dengan hukum-hakam ini. Bahkan di tempat-tempat lain di sekitar Kedah juga, selain pusat-pusat hiburan yang bercambah-cambah di Kedah, pastinya sambutan Hari Kekasih akan menjadi lebih meriah.

Dalam hal ini, kita tidak menyalahkan mana-mana kerajaan, baik kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri. Kerajaan telah pun menyiapkan segala keperluan untuk umat Islam menggandakan keimanan mereka menerusi pembelajaran dan majlis ilmu. Kalau di Kedah sahaja, ada kelas agama, ada kelas tajwid, ada KAFA dan sebagainya. Malah Kerajaan Pusat pula turut menyediakan pelbagai inisiatif lain untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral.

Sebaliknya penguatkuasaan yang lemah menjadi punca kepada gejala ini meningkat selain sikap golongan remaja yang mudah terikut-ikut dengan budaya tidak senonoh. Menjelang 14 Februari atau pada sebarang masa, kita akan melihat penguatkuasaan bermusim oleh pihak berkuasa.

Peranan ibu bapa merupakan peranan yang jauh lebih penting berbanding peranan kerajaan dan pihak berkuasa. Kalau ibu bapa sudah tidak mampu untuk menjaga anak sendiri, bagaimana pula ada sesetengah ibu bapa yang boleh menyalahkan pihak berkuasa kerana tidak menjaga anak mereka.

Yang pasti, menjelang 14 Februari, akan ada lebih banyak klip-klip video yang boleh dimuat turun, sama ada di P2P atau di mana-mana sahaja, termasuklah di telefon tentang perilaku anak-anak muda Kedah yang kemaruk seks!

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved