ads

Jumaat, 24 Mei 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


Tempat-Tempat Menarik <b>di Sungai Petani</b>, Kedah Yang Boleh Dilawati

Posted: 11 Apr 2013 12:49 AM PDT


SUNGAI Petani adalah bandar kedua terbesar di Kedah selepas Alor Setar. Pembangunan pesat di sini seiring dengan prospek pelancongan yang ada di bandar ini.
Bagi pelancong yang mahu berkunjung ke sini, De Selesa Homestay Sungai Petani menyediakan kemudahan penginapan yang sangat selesa. Dengan jaringan jalan raya, pengangkutan udara dan kereta api yang selesa dan cepat.

Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa antara empat hingga lima jam ke De Selesa Homestay Sungai Petani. Menyeberangi Sungai Muda yang memisahkan Seberang Perai, Pulau Pinang dan Kedah, anda dihidangkan dengan hamparan sawah padi yang luas.

Pembangunan pesat Sungai Petani menyaksikan taman perumahan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Malah, penduduk dari luar Sungai Petani berhijrah ke sini untuk mencari pekerjaan terutama dalam sektor perindustrian di Bakar Arang dan Sungai Lalang.

Jika anda mahu mencari makanan, sebut apa saja, daripada nasi kerabu, cucur udang, nasi kandar, mi rebus, ikan bakar, cendol, bihun sup dan nasi kampung yang pasti membuatkan anda kecur air liur. Mungkin anda tidak percaya, tetapi bandar ini mempunyai lebih 10 restoran nasi kandar yang turut mendapat sambutan penduduk luar.

Berkunjung ke Sungai Petani tidak sah jika tidak mengunjungi jam besar di Jalan Ibrahim. Ia adalah mercu tanda bandar itu dan berdiri gagah selepas puluhan tahun untuk menyimpan segala sejarah suka duka bandar berkenaan.

Gabungan tempat bersejarah, pantai, perkampungan nelayan, sawah padi dan taman tema, menjadikan Sungai Petani adalah tempat yang perlu dikunjungi jika datang ke Kedah.
Di bawah kami senaraikan beberapa tempat menarik di sekitar Sungai Petani untuk tatapan anda. Jom kunjungi Sungai Petani di Kedah!!
                      

                                    Pantai Merdeka


Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Pantai Merdeka mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan. Perjalanan menaiki kenderaan sendiri ke pantai ini mesti melalui Jalan Persekutuan Laluan Butterworth. Pelancong perlu melalui pekan Tikam Batu dan seterusnya pekan Kota Kuala Muda sebelum tiba di Pantai Merdeka. Pantai ini juga mudah dilawati dengan menaiki bas dari Stesen Bas Sungai Petani. Sila naik bas City Liner bernombor 26 untuk perjalanan yang mudah dan selesa. Terdapat kemudahan perhentian bas, chalet, tandas awam, medan selera dan gerai-gerai jualan. Pantai Merdeka menawarkan kemudahan percutian untuk seisi keluarga. Pelancong boleh bermandi-manda dan berkayak di pantai ini. Terdapat perkhidmatan bot untuk pelancong pergi ke Tanjung Dawai.
                    Taman Tema Air "The Carnivall"


Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke The Carnivall taman tema air ini mengambil masa 15 minit dan ia merupakan sebuah taman tema air di Sungai Petani. Taman tema ini dibuka pada 25 Disember 2006 dan terletak kira-kira 5 km dari pusat bandar. Sekiranya anda datang dari Lebuhraya Utara Selatan, sila keluar ikut Exit 170-Sungai Petani Utara. Sila ambil jalan ke pusat bandar dan terdapat kemudahan papan tanda jalan untuk ke taman tema ini.
Sila layari laman web : www.thecarnivall.com
                                    Sungai Merbok

Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Sungai Merbok mengambil masa kira-kira 15 minit. Sungai Merbok ialah sungai yang mengalir ke Selat Melaka dan mempunyai hutan paya bakau. Terdapat kemudahan pelancongan di sini. Pelancong boleh melawat Galeri Hutan Paya Bakau dan bersiar-siar di pesisir sungai. Ada juga disediakan kemudan bot pelancong untuk mereka yang ingin menyusuri sungai ini. Anda juga boleh berehat dan menjamu selera di restoran makanan laut.



Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Tanjung Dawai mengambil masa 20 minit. Tanjung Dawai adalah Sebuah pekan kecil di barat Sungai Petani. Pekan ini merupakan sebuah perkampungan nelayan. Hasil laut diproses di sini untuk dijadikan makanan. Pelancong boleh mendapatkan ikan kering, ikan bilis, ikan masin, pekasam dan pelbagai lagi hasil makanan laut dengan harga yang berpatutan. Perkhidmatan bas Mara Liner disediakan ke pekan ini dari bandar Sungai Petani.
Tanjung Dawai menempatkan Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), arked dan jeti Tanjung Dawai serta Medan Selera Ikan Bakar yang mampu menggamit kedatangan pelancong dari dalam danluar negeri Kedah.
Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) merupakan pusat pendaratan ikan bagi nelayan-nelayan di Tanjung Dawai. Anda dapat melihat senario sebenar aktiviti nelayan setempat disamping dapat membeli hidupan laut yang masih segar. Arked Tanjung Dawai memberi kemudahan kepada pengunjung untuk membeli pelbagai produk hidupan laut samada kering atau basah dengan tawaran harga yang berpatutan.
Jeti Tanjung Dawai yang sentiasa dikunjungi terutamanya pada musim cuti memberi kemudahan pengangkutan ke Pantai Merdeka yang merupakan destinasi mandi-manda yang popular di Negeri Kedah. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan iaitu sebanyak RM2.00 pergi dan balik.
Bagi mereka yang datang bersama keluarga atau rakan taulan dapat menjamu selera di Medan Selera Ikan Bakar yang menyajikan pelbagai juadah hidupan laut. Hati yang resah pasti tenang di kala menjamu selera sambil menikmati pemandangan lautan yang luas terbentang dengan disapa angin petang yang nyaman.

                                                           Lembah Bujang



Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Lembah Bujang mengambil masa 20 minit. Lembah Bujang Merupakan tempat bersejarah kerana telah mencatatkan sejarah awal negeri Kedah Darul Aman. Lembah Bujang kira-kira 1000 tahun lalu merupakan pusat perdagangan dan pemerintahan Hindu-Buddha di negeri rantau Nusantara. Kawasan ini juga menerima pengaruh Islam. Terdapat sebuah Muzium Arkeologi di sini.
Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di atas Bukit Batu Pahat yang berada 23 km dari bandar Sungai Petani. Terletak di dalam Mukim Merbok, Daerah Kecil Merbok. Ia adalah salah satu muzium yang mempamerkan bukti kewujudan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan ugama Hindu Buddha di Asia Tenggara pada kurun ke 3 Masehi hingga 12 Masehi.
Dibuka secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman pada 23 Januari 1980 bersamaan 5 Rabiulawal 1400 Hijrah. Bahan-bahan arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang. Artifak arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang dari China, India dan Arab di samping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai perdagangan rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.
Di kawasan persekitaran Muzium Lembah Bujang ini dapat dilihat tinggalan senibina candi-candi yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan pemujaan yang dapat membuktikan kewujudan dan kepercayaan agama Hindu/ Buddha yang menjadi amalan sebahagian dari masyarakat yang berdagang di Lembah Bujang
Sebuah air terjun mengalir di tepi muzium. Jika menaiki bas, terdapat bas Mara Liner dan City Liner berhenti di pekan Merbok. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki teksi ke Lembah Bujang.

Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Pusat Bandar mengambil masa 5 minit. Di pusat bandar terdapat sebuah bangunan bersejarah iaitu Jam Besar yang dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary.

Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Taman Jubli Perak mengambil masa 5 minit. Taman ini dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Kemudahan medan selera, trek joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas awam disediakan di taman ini. Penduduk Sungai Petani menggunakan taman ini untuk aktiviti riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu.

Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Hutan Lipur Rekreasi Tupah mengambil masa 20 minit Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.
Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung dapat bersuka ria di samping dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan.

Rating For This Post :

di negeri kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


#black505 <b>di Negeri</b> Sembilan, <b>Kedah</b>, Terengganu dan Melaka <b>...</b>

Posted: 15 May 2013 10:33 PM PDT

Gelombang #black505 demi menzahirkan suara bantahan rakyat menentang penipuan pilihanraya diteruskan di negeri-negeri Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

#black505 yang seterusnya akan diadakan di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban. Orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.

Tarikh-tarikh bagi #black505 yang seterusnya adalah seperti berikut:

21 Mei 2013 (Selasa) – Kedah
23 Mei 2013 (Khamis) – Terengganu
24 Mei 2013 (Jumaat) – Melaka

Tempat akhir perhimpunan akan dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh PKR.

Semua perhimpunan telah berjalan dengan aman dan mematuhi nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun beberapa tempat perhimpunan terpaksa diubah di saat akhir. Penganjur telah menghormati nasihat PDRM untuk menukar tempat perhimpunan di Pulau Pinang, Pahang dan Johor walaupun ia dibuat beberapa jam sebelum perhimpunan.

Ini tidak sedikit pun melemahkan semangat rakyat terutamanya orang muda untuk turun menyuarakan bantahan dalam simbolik #black505 ini. Mengikut anggaran kasar penganjur, seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti #black505 setakat ini (120,000 – Kelana Jaya, 120,000 – Batu Kawan, 60,000 – Ipoh, 60,000 – Kuantan dan 60,000 – Ulu Tiram).

Saya yakin menjelang minggu depan apabila gelombang #black505 tiba di Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Melaka, lebih setengah juta rakyat Malaysia telah turun menyatakan bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan menolak kerajaan tidak sah yang diterajui Dato' Seri Najib Tun Razak.

Semangat kerjasama dengan pihak PDRM demi menjamin kelancaran dan keselamatan rakyat akan diteruskan. Oleh itu, saya menyeru seberapa ramai rakyat untuk turun menyertai #black505 sebagai bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan sokongan kepada reformasi pilihanraya yang perlu diadakan segera.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
16 MEI 2013

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Photo essay: Hitam putih <b>di Tanjung Dawai</b> Kedah

Posted: 09 Apr 2013 06:34 AM PDT

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


ZiraHalim: Bekerja <b>di Langkawi</b>

Posted: 11 May 2013 02:12 AM PDT

Yap, minggu lepas bekerja kat langkawi.
Bengkel pentadbiran dan aku perlu terlibat untuk peralatan ICT.
Seriously pergi langkawi langsung tak dapat jejalan.
Bengkel boleh diklatakan setiap hari habis pukul 12-1am.
bhahahahahha.... hadapla Laptop sampai muntah.
Tapi, oleh sbb aku da bawak camera.
Banyakla PIC yang aku snap.
Meh kita share kat sini lah.
Bertolak pergi selasa pagi dan kembali jumaat ptg.
Khamis petang dibawa ke Pantai Chenang kejap.
Kejap2 pon sempat aku terbang tau...
Selamber aku jah p terbang tinggal yang lain kat bawah.
sapa soh takmo ikot aku terbang....bhahahah
Aku dan Lina... kami duduk sebilik... Lina adalah student praktikal.
Mode bergambar sedang melanda
Bersama kak ros dan kak isma and lina
Abaikan aku yang tetiba rajin nak masuk gambar sendiri dgn byk
Makanan kami yang sempat snap.. makan byk gila tapi sempat snap yang ni ja. yang lain dah licin baru aku igt nak snap. Mau ke idok kami dijamu makan 6 kali sehari. Perut takdan nak lapaq dah makan pulak. Jadi, abaikan kalau saya nampak lebih besar dari biasa.
Ini sewaktu ke Pantai Chenang ambik angin
Kan dah cakap semua kat bawah aku soang jah terbang makan angin...
Alhamdulillah, hidup dah makin berwarna. Semoga pelangi itu akan kembali. 

Helikopter bawa Anwar dihalang <b>di Langkawi</b> | KeadilanDaily.com

Posted: 03 May 2013 08:07 PM PDT

(Oleh Sidiqin Omar)

LANGKAWI 4 MEI: Tindakan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) diselar kerana cuba menghalang helikopter yang membawa Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Langkawi.

Anwar-heli-langkawi

Menurut Setiausaha Politik 1, Mohd Shukri Md Saad, kelewatan sehingga dua jam menyebabkan Anwar gagal menghadiri Himpunan Pakatan Harapan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, petang semalam.

"Selepas solat Jumaat kami dapat panggilan daripada pemilik helikopter bahawa DCA tak benarkan helikopter meninggalkan Langkawi apabila nama Anwar ada dalam senarai penumpang," Shukri kepada Keadilan Daily.

"Namun, ada sokongan dari pihak tertentu. Mereka benarkan Anwar guna pesawat kecil dan mendarat di Alor Setar," maklum Shukri.

Anwar mendarat kira-kira jam 5 petang dan sempat singgah di Pekan Naka, Pedu.

Namun, beliau tidak dapat menghadiri program di Stadium Suka Menanti, Alor Setar kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat hadir. Minta maaf kepada semua. Pastikan kita semua turun beramai-ramai Ahad ini bagi mencapai matlamat untuk tawan Putrajaya," kata Anwar kepada hadirin yang diperdengar melalui panggilan telefon.

Shukri memaklumkan, pergerakan Anwar dan pasukan menggunakan laluan darat dan beliau berjaya tiba di Sungai Petani dan Stadium Keladi di Kulim.

"Walaupun kita dihalang, tapi berjaya tiba di beberapa lokasi lain," kata Shukri.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=51582

02 di yan kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di yan kedah - Google Blog Search


Batu Hampar <b>di Yan, Kedah</b> Musnah.. | P e t r a s i s 1

Posted: 04 Mar 2013 01:47 AM PST

Semalam (Ahad 3 Mac 2013) sy balik dari rumah mentua dari Alor Setar, dalam perjalanan balik, lalu la signboard Batu Hampar, Titi Hayun dan Peranginan Seri Perigi.. niat nak singgah la berpiknik..

sampai di Titi Hayun,, nampak kecik je air terjun dia.. tak nampak pun air terjun… alur sungai dia pun cetek, nak mandi org dewasa tak sesuai kot.. sy pun malas nak berjalan2 banyak2 naik tangga 1000 tahun.. naik titi gantung kat situ, beli nugget 4 ringgit pastu terus gi Batu Hampar…

dengan harapan Batu Hampar lagi best, lagi ramai orang,,  tapi sy HAMPA!! macam mana tak hampa, tengok la sendiri gambar ni… (snap pakai Ipod je,,, kamera mahal tak bawak..)

 batu hampar1 batu hampar2 batu hampar3 batu hampar5

Tempat ni macam dah bertahun2 tak dijaga… atas jalan dia bersih, takde sampah… sama ada ada orang yg bersihkan atau takde orang langsung datang ke sini..

batu hampar4 batu hampar7 batu hampar6



Mungkin saya datang hari Ahad, Kedah kerja hari Ahad kan, takde orang nak datang,, tapi tempat yg "mengerikan" macam ni tak sesuai nak dibuat tempat berkelah.. merosakkan mood… nak buat maksiat boleh sangat lah… sunyi sepi takde orang..

waktu sy datang sini lebih kurang pukul 4 petang pun, ada la 2 kapel naik moto datang.. buat hape kat tempat sunyi2 macam tu wallahu a'lam.. nak datang ke tempat perkelahan Batu Hampar tu pun kena lalu kawasan kebun, semak samun, takde lampu jalan bila malam…

kecewa dgn "kemusnahan" Batu Hampar, kami tengok pulak tempat peranginan seri perigi…

seri perigi1 seri perigi 2 seri perigi 3 seri perigi 4

kat sini sy snap tengah2 antara air terjun dgn kolam mandi kat bawah tu..  Kat sini not bad jugak.. lebih kurang macam titi hayun.. dekat dgn rumah orang2 kampung… ada tempat mandi air terjun yg dah ditakung… boleh mandi2 kat situ.. gambar tak sempat ambik banyak sebab hujan…

lepas pegi ketiga2 tempat tu, pendapat sy, kalau nak mandi air terjun, LEBIH BAIK TEMPAT LAIN….

terima Kasih….


Tags: , , ,

Posted in isu, Umum

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved