ads

Ahad, 4 Ogos 2013

02 di changlun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di changlun - Google Blog Search


Dari <b>Changlun</b> Ke Bukit Kayu Hitam | Syira

Posted: 06 Jun 2013 02:17 AM PDT

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..

Dari Changlun Ke Bukit Kayu Hitam . Bila sebut sahaja Bukit Kayu Hitam, pastinya ramai sudah dapat membayangkan tempat shopping dan zon bebas cukai pilihan rakyat Malaysia. Buat pertama kalinya, kebetulan Bukit Kayu Hitam hanya 10 minit daripada rumah abang syira, syira dan hubby membuat keputusan untuk singgah di Bukit Kayu Hitam sekejap untuk bershopping.

Pengalaman kali pertama untuk ke Bukit Kayu Hitam pastinya mendebarkan dan begitu membuatkan syira teruja. Namun, keterujaan itu hilang sebaik sahaja syira melangkah kedalam sana. Umpama indah khabar dari rupa.





Sebelum sampai di pintu masuk Imigresen Bukit Kayu Hitam, ada pasukan yang melakukan sekatan di jalan utama , dimana sekatan ini dilakukan oleh Unit Pencegahan Penyeludupan [UPP] . Biasalah tempat begini memang perlukan kawalan yang rapi.
Oleh kerana tidak tahu, kami tidak berani nak masuk ke pintu masuk imigresen Bukit Kayu Hitam kerana kami sangka kami telah tersesat. Takut juga kalau sampai ke Thailand. hihi. Selepas bertanya kepada orang awam, barulah syira sedar yang syira tersilap.
Rupanya sekatan pertama tadi adalah untuk UPP sahaja dan pintu masuk Imigresen Bukit Kayu Hitam di hadapan barulah jalan ke Pasar Zon Bebas Cukia di Bukit Kayu Hitam.
Oleh kerana masih takut, syira suruh je hubby ikut kereta di hadapan. Untuk keselamatan. Kebetulan pula musim cuti sekolah, memang jalan sesak betul. 

Bagusnya, laluan lori dan kereta diasingkan siap-siap, memang memudahkan. Tambahan pula, memang banyak gila lori yang keluar masuk. Jalan pun jem semacam. Rasa serun pada lori yang besar memang mengecutkan perut. hoho.
Laluan masuk ke Parking Pasar Zon Bebas Cukai memang sesak. Kereta masing-masing berlumba-lumba untuk masuk. Kebetulan pula hanya satu laluan sahaja yang berfungsi. Memang kena sabar lebih lah.


The Zone Duty Free Bukit Kayu Hitam adalah satu-satunya pasar raya yang menjual coklat seperti Daim. Selain coklat Daim, ada lagi coklat lain yang turut dijual disini. Maka, jika sampai ke Bukit Kayu Hitam, maka The Zone Duty Free adalah salah satu tempat yang harus disinggahi.

Hampir empat kali pusing mencari tempat parking. Memang susah gila. Nasib baik selepas itu ada pihak yang berkenaan suruh kami parking di belakang kereta yang ada laluan lain untuk mereka keluar. Kiranya jadi parking berlapis la. Lega. 



Kompleks Bebas Cukai @ The Zone Bukit Kayu Hitam. Gambar sepanjang berada di dalam kompleks tidak dapat ambil kerana memang dilarang. Jadi snap gambar dari luar sahaja.
Secara jujurnya, harga barangan disini jauh lebih mahal berbanding dengan barangan yang dijual di pasaraya luar. Akhirnya syira dan suami hanya mencuci mata sahaja kerana tidak ada barang yang berkenan. Yang lebih penting, kami merasakan Kompleks Bebas Cukai seumpama menipu, kerana harga yang dijual langsung tidak murah.
Tapi.... bahagian coklat memang puas hati. Coklat yang dijual semua murah-murah. Oleh kerana tidak mahu bersikap tamak, syira hanya beli sepeket Daim dan Kisses sahaja. Itu pun memang rasa tak cukup makan, tapi berjimat sebelum pokai lebih baik kan...hehe..

Kadar bayaran letak kereta di The Zone Duty Free Bukit Kayu Hitam memang murah. Bayar Rm1.00 untuk dua jam, memang enjoy. Oleh kerana kawasannya yang kecil, dua jam yang ditetapkan itu seolah-olah tidak berharga.
Selepas keluar dari The Zone Duty Free Bukit Kayu Hitam, syira dan suami meneruskan pula Ke Bazaar Bukit Kayu Hitam...Sekian kisah syira Dari Changlun Ke Bukit Kayu Hitam.

di negeri kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


FATWA PENGHARAMAN SYIAH <b>DI NEGERI KEDAH</b> DARUL AMAN <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2013 03:46 AM PDT

Tarikh Keputusan : 17 Januari 1998

Keputusan : 

Bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman setelah mengkaji, bersetuju sebulat suara membuat ketetapan BAHAWA KE ARAH MEMBENDUNG PENGARUH SYIAH DI MALAYSIA:

Adalah ditetapkan bahawa Umat Islam di Negeri Kedah Darul Aman hendaklah mengikut undang-undang Islam dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah dari segi aqidah, syariah dan akhlak.

Adalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan dengan yang demikian penyebaran apa-apa ajaran lain selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah dilarang.

Adalah ditetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran melalui buku, risalah, filem, video atau dengan apa-apa cara lain pun yang berkaitan dengan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah dilarang.

Status Penwartaan : Diwartakan
Tarikh Diwartakan : 18 Febuari 1999
Nombor Rujukan : Agama (K) 271 (4)
Akta / Enakmen : No.4 Jld. 42

#black505 <b>di Negeri</b> Sembilan, <b>Kedah</b>, Terengganu dan Melaka <b>...</b>

Posted: 15 May 2013 10:33 PM PDT

Gelombang #black505 demi menzahirkan suara bantahan rakyat menentang penipuan pilihanraya diteruskan di negeri-negeri Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

#black505 yang seterusnya akan diadakan di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban. Orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.

Tarikh-tarikh bagi #black505 yang seterusnya adalah seperti berikut:

21 Mei 2013 (Selasa) – Kedah
23 Mei 2013 (Khamis) – Terengganu
24 Mei 2013 (Jumaat) – Melaka

Tempat akhir perhimpunan akan dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh PKR.

Semua perhimpunan telah berjalan dengan aman dan mematuhi nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun beberapa tempat perhimpunan terpaksa diubah di saat akhir. Penganjur telah menghormati nasihat PDRM untuk menukar tempat perhimpunan di Pulau Pinang, Pahang dan Johor walaupun ia dibuat beberapa jam sebelum perhimpunan.

Ini tidak sedikit pun melemahkan semangat rakyat terutamanya orang muda untuk turun menyuarakan bantahan dalam simbolik #black505 ini. Mengikut anggaran kasar penganjur, seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti #black505 setakat ini (120,000 – Kelana Jaya, 120,000 – Batu Kawan, 60,000 – Ipoh, 60,000 – Kuantan dan 60,000 – Ulu Tiram).

Saya yakin menjelang minggu depan apabila gelombang #black505 tiba di Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Melaka, lebih setengah juta rakyat Malaysia telah turun menyatakan bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan menolak kerajaan tidak sah yang diterajui Dato' Seri Najib Tun Razak.

Semangat kerjasama dengan pihak PDRM demi menjamin kelancaran dan keselamatan rakyat akan diteruskan. Oleh itu, saya menyeru seberapa ramai rakyat untuk turun menyertai #black505 sebagai bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan sokongan kepada reformasi pilihanraya yang perlu diadakan segera.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
16 MEI 2013

02 di kuala ketil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala ketil - Google Blog Search


Kedahkini: Demonstrasi Aman " Kekal KUIN <b>Kuala Ketil</b> " 5,000 <b>...</b>

Posted: 29 Jul 2013 07:07 PM PDT

Demontrasi Aman "Kekal KUIN Kuala Ketil" petang semalam dihadiri anggaran 500 orang terdiri dari mahasiswa, waris dan rakyat Kedah yang prihatin.

Difahamkan perhimpunan adalah Anjuran  Orang Awam dan Masyarakat Kuala Ketil, berlansung di kawasan  Pintu Gerbang Utama Kampus KUIN Kuala Ketil.

Kehadiran yang biasa ditambah oleh akhbar Utusan dan TV3 dari 50 orang menjadi 1,000 orang?


Dipetik dari Laman FB  Mahasiswa Prihatin 3K


 Admin Mahasiswa Prihatin 3K sangat terharu dengan masyarakat sekeliling dan waris yang menghulurkan bantuan semangat kepada Mahasiswa Prihatin 3K. mereka inilah yang selalu mengadakan solat hajat buat Insaniah sejak awal Ramadhan yang lalu., Dengan Berkat Bulan Ramadhan, Moga doa mereka di terima Allah. Alhamdulillah syukur tentera yang d hantar illahi (Skuad Ansor Masjid Jamek Kuala Ketil).


KUALA KETIL: 500 pelajar, waris dan penduduk Kuala Ketil berkumpul di hadapan pintu gerbang utama Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kampus Kuala Ketil petang semalam bagi mendesak agar kampus itu dikekalkan.

berikutan arahan berpindah yang mereka terima dari pihak pentadbiran KUIN 16 Julai lalu yang mengarahkan semua pelajar berpindah semula ke kampus Stargate, Alor Setar.

UIN merupakan sebuah kolej yang telah mengislamisaikan program-program konvensional seperti Program Perniagaan, Perbankan, Perancangan Kewangan, Risiko dan Takaful, Hospitality dan Pemakanan Halal dan lain-lain lagi.

Kampus KUIN Kuala Ketil yang bernilai RM330 juta itu adalah lagenda tinggalan Menteri Besar Kedah sebelum ini, Datuk Seri Azizan Razak.

Bagi ustaz Azizan, pembinaan kampus KUIN di sini akan menjadikan Kuala Ketil satu bandar baru yang bakal membangun dengan pesat selepas ini.

Kampus ini mula digunakan kira-kira setahun lalu dan dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada bulan Mei lalu.

Ekoran itu, pelajarnya dan kakitangan dipindahkan dari kampus sementaranya yang terletak di Stargate dan Mergong sebelum itu.

Namun selepas Kedah diambil alih oleh Barisan Nasional (BN) dan Datuk Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar, kampus ini dikatakan mahu dijual.

Ia juga mungkin diswastakan apabila timbul desas desus bahawa kerajaan negeri membuka tawaran penjualan saham miliknya kepada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Kerajaan negeri dikatakan sudah membuat tawaran itu termasuk kepada Universiti ITM (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU).

Difahamkan Universiti Selangor (Unisel) turut berminat untuk membeli Insaniah daripada kerajaan negeri.

Sejak beberapa bulan lalu, selain pelajar yang menjadi mangsa, kakitangan Insaniah juga tidak mendapat gaji mereka.

Dalam perhimpunan semalam, wakil pelajar yang turut berucap mengesa pentadbiran kolej mengeluarkan pekeliling pindah untuk rujukan pihak pelajar selepas pengumuman yang telah di umumkan pada 16 julai yang lalu dibuat tanpa disusuli dengan pekeliling perpindahan.

Beliau juga menyatakan agar pihak pentadbiran dapat mengekalkan KUIN Kuala Ketil.

Perpindahan yang akan melibatkan 1200 orang pelajar Fakulti Muamalat akan bermula 1 Ogos sehingga 17 Ogos akan datang.

Ia akan disusuli dengan 600 orang pelajar kulliyyah lain menyebabkan banyak menganggu proses pembelajaran dan pengajaran mereka malah melibatkan masalah kebajikan juga.

Memorandum yang telah dihantar ke peringkat pentadbiran kolej dan Pejabat Menteri Besar pada 25 Julai yang lalu belum mendapat jawapan sehingga kini.

Manakala pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pula akan mengambil tindakan terhadap memorandum yang telah dihantar oleh mahasiswa.

Wakil waris juga meminta pihak pentadbiran kolej dan pihak kerajaan negeri mengambil serius berkaitan masalah ini kerana melihat kepada kebajikan pelajar yang akan terganggu dengan perpindahan kali ke tiga ini.

Selepas perpindahan kali pertama dari Mergong ke Stargate dan perpindahan kali kedua dari Stargate ke Kuala Ketil, kini mereka akan berpindah lagi

02 di padang serai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang serai - Google Blog Search


VIDEO Penampakan BUNIAN | SEWAKTU PIKAT AYAM <b>Di Padang</b> <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2013 10:40 PM PDT

VIDEO Penampakan BUNIAN | SEWAKTU PIKAT AYAM Di Padang Serai  | Satu rakaman video sewaktu ingin mendenak/memikat ayam hutan terakam penampakan orang berjubah putih melalui di belakang di dalam rimbunan pokok-pokok di kawasan tersebut.
Mengikut pada tajuk video tersebut kejadian ini dirakamkan di padang serai.
untuk tonton video, Klik TAJUK ENTRI ni
Tonton VIDEO dibawah ini


 
MOHON PENCERAHAN OLEH MEREKA YANG BERPENGALAMAN.

GMC: EXCO agama Kedah... Masjid <b>Padang serai di</b> cemari Najis <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2013 11:32 AM PDT


Beginilah gambaran Pondok Panas Kutipan Zakat Fitrah yang didirikan oleh puak2 yang terlalu taksub pada Parti Politik tertentu bagi mengutib Zakat Fitrah pada Umat Islam sekitar Padang Serai Kedah

Bukan itu saja di depan pondok tersebut terpampang dengan sepanduk yang bertulis kutipan Zakat Fitrah untuk ahli-ahli PAS sahaja.




          [ Foto Sekadar Hiasan- Gambaran Pondok Panas Kutipan Zakat Fitrah di depan Masjid Padang Serai.Kedah]

Masjid Padang di Padang Kedah kini dicemari dengan najis-najis Politik jumud oleh puak2 tertentu! 

Apa tidaknya di bulan yang mulia ini puak2 yang taksub pada Parti Politik jumud sekutu kapiaq Harbi DAP begitu gairah mendiri Pondok Panas tujuan bagi mengutib Zakat Fitrah  pada umat Islam sekitar Parlimen Padang Serai dengan terpampang  sepanduk   yang bertulis kutipan Zakat Fitrah untuk ahli-ahli PAS sahaja.

Kah..kah..kahh
kah..kah..kah.kah
kah..kah..kahh...kahh

Apa benda ni wahai pihak berkuasa Agama di Kedah..??? 

Butakah mata kalian membiarkan perkara begini  belaku berluasa ?? masakan kutipan zakat Fitrah pun masih nak  bezakan fahaman politik?? 

Bukan itu saja  masih terdapat beberapa tempat  lagi sekitar Parlimen Padang Serai dan Kulim Bandar Bahru dimana lebai2 kera  politik sekutu kapiaq harbi membuka meja panas bagi tujuan tersebut?

Apakah tidak ada pemantauan dari pihak yang berkuasa???

Persoalannya kemanakah wang zakat fitrah  itu nanti akan disalurkan ??




Harap pihak berkuasa agama di Kedah dapat memantau gejala yang tidak sihat ini ..berpada-padalah berpolitik takkan kutipan zakat Fitrah pun nak dipolitikkan juga.??




Harap EXCO agama Kedah yang baru YB Rawi tidak  menumpukan pada sektor2 pelancungan saja..hal-hal yang berkaitan  kedaulatan Islam dan umat Islam juga harus mendapat perhatian yg sewajar  agar jangan ada pihak  sewenang2 membuat kutipan zakat Fitrah dari umat islam sesuka hati.

Persoalannya mengapa hal sebegini tidak belaku sebelum ini.Mengapa perlu ada pondok atau meja Panas bagi membayar zakat Fitrah yang dikhususkan untuk ahli-ahli parti politik tertentu?


Harap pihak Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama Negeri  dan EXCO yang bertanggung jawab memantau gejala  yang kurang sihat ini belaku di sekitar Negeri Kedah khususnya di Kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim Bandar Bahru khususnya di tapak Pasar ramadhan Taman Selasih.

Apakah mereka  semua terdiri dari amil zakat fitrah yang di lantik oleh pihak2 tertentu atau mereka  sekadar  mewakili  pihak  dari parti-parti tertentu.

Kah..kah..kahh
kah..kah..kah.kah
kah..kah..kahh...kahh

Pelik tapi benar nak bayar Zakat Fitrah pun  sudah ada kaunter untuk ahli-ahli PAS sahaja di Kedah khususnya di Masjid Parlimen Padang Serai Kedah.

Kah..kah..kahh
kah..kah..kah.kah
kah..kah..kahh...kahh

P/s

Perhatian: 90% Sekutu DAP masih menguasai pentadbiran Masjid di Negeri Kedah hari ini.
 

02 di yan kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di yan kedah - Google Blog Search


SUKSIS #11 (Program Khidmat Masyarakat-Keluarga Angkat <b>di Yan</b> <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2013 08:36 PM PDT

Dah lama nak update pasal program ni sebenarnya tapi asik bertangguh je.. Gambar pon baru je ada..hehe..Okay straight to the point la malas nak mukadimah panjang2.. Program anak angkat ni berlansung semasa cuti Gawai haritu around Mei 2013..Uitm memang besh berlambak cuti hehe...hm sepatutnya program ni diadakan masa cuti mid sem tapi negara Malaysia ini tengah kalut pilihanraya time tu so program ni terpaksa put off.. its okay as long as its not cut off! hehe..
Actually kitorang bertolak lambat drpd tentatif asal pukul 8 terlajak sampai pukul 12 bas punya pasal hurm.. malam baru kitorang sampai..yala hampa tau2 la dari shah alam ke kedah boleh agak la kan berapa lama huhu...aku takpa aku dah biasa nek bas balik Perlis..hehe..Oh ye program kitorang tu kat Kampung Raga, Yan, Kedah.
Nin dia sign board depan dewan yang kitorang guna.. Yelah bahang pilihan raya masih panas weyy.. BIRUUUU je nampak kampung ni hehe..tapi aku tak amik bab sebab aku tak mengundi pon..cek tak cukup umoq lagi hehe...Hurm pendek kata kampung ni sangat cantik and telah memenangi macam2 pertandingan seperti sungai tercantik, sungai terbersih, nasyid dll. kampung ni mmg tumpuan la utk program mcam ni...


Setelah semua dapat mak ngan ayah masing2..kami pon balik rumah masing2..esok baru ada aktiviti..haa aku , fiena, ayu darla ngan aisyah M dapat serumah..mak aku adalah mama norma ngan abah ghazali kekeke..aku panggil mak ngan pak..hee~ malam tu pak masak mee jawa kat kitorang haii sedap ngat aih..malam tu la kenal2 ngan dorang..anak2 bapak tak ramai yang balik.. ada abg pozi n kak bayah, kak poziah, abg nazir n kak ina, and anak2 depa..nasib baik ada budak2 ramai takdala aku awkward hehe... 
Lepas daripada senamrobik, kitorang balik rumah untuk aktiviti bebas..aku balik untuk sambung breakfast yang mak masak sebab bangun lambat harini..hahaha wat malu ja first day umah orang bangun lambat..dah la lambat, bangun2 mak dah siap masak..malu hoii tobat kami 4 kena rijek awal2 kalo nak jadi menantu hehe..

Haa nin dia upacara melipat kain..banyak gila kot yalah keluarga depa besaq kot ngan budak2 lagi..takpa 
aku memang suka buat kerja rumah..barulah tuan rumah berkenan tak gitu? kekeke.. dalam kami 4 fina la lipat baju paling laju sekali..baguihh ni ada potensi menjadi bibik yang top class hahaha...
Seterusnya tak sempat lagi nak guling2 dalam rumah masing2 kitorang kena siap untuk aktiviti seterusnya iaitu melawat rumah makcik ni yang merupakan pengusaan kuih karas..hampa tau ka camna nak wat kuih karas? mesti tak kann? mesti tau makan je kan? haha.. entah2 kuih karas pon ada yang tataw padia hehe..senang ja nak wat kuih ni sbnarnya..so semua dapat peluang untuk mencuba bakat chewahh..macam2 bentuk la jadi ngan ada yang hangit pon ada...budak laki pon try jugak..yang pasti hat aku wat perfech okay *idong kembang hahak.. so kitorang leh makan la lepas tu..tuan rumah ada sedia air oren ngan kuih2 lain jugak..so lepak la kat rumah ni jap..



Then waktu petang plak ada sesi riadah..ada perlawanan bola antara hero2 suksis ngan hero2 kampung raga..yang tak leh belah nya golongan wanita ni tak sokong lansung suksis hahaha..kami menyokong wakil dari keluarga masing2...aku sndiri pon mau tak sokong ada 3 orang dari family aku main.. abg pozi, abg nazir ngan pae.. sakit tekak aku dok jerit sokong depa hehe...






Seterusnya pada waktu malam plak kitorang mengumpulkan kanak2 yang ada kat kampung tu datang kedewan bawak suma kerja sekolah and buku2 depa..kitorang nak tolong ajar..actually masa ni jugak sekolah tengah bercuti so memang meriah dengan budak2 la...and taw2 la bila cuti sekolah homework komfem bertimbun..hurm ada jugak antara kitorang yang terlebih baik tolong siapkan kerja sekolah sekali ha..hehehe untunglaaa


The next day, aktiviti yang sangat2 ditunggu2 iaitu mendaki gunung Jerai!!! yeayyyy gwigomi!! hehehe pagi tuh bangun awal tolong mak masak untuk bekalan makan kat puncak nanti..mak2 kitorang bekalkan makanan untuk anak depa berkelah karang hehe...ha by the way gambar atas ni bukan PATI okayy..ni kitorang dibawa ke tempat nak daki tu la ramai2 hehe...











Balik dari mendaki gunung memang tersangat letih...kitorang berehat untuk sambung aktivi gotong royong for the next day...Untuk aktiviti ni kena bersihkan surau kampung and tanah perkuburan.. bersih kubur diserahkan kepada budak laki..fuhh tak berani aku nak pi kubuq hukhuk...so yang girls ni bawak mai la segala senjata dari rumah masing2 termasuklah penyapu, kain lap, mop dan lain2...











Kitorang duk situ sampai tghari then balik rumah lunch...petang tu kena siap2 untuk game suprise dari paklang..kami pon tataw game apa...hehe..bila paklang briefing tu dia bagitaw game tuju tin..ingatkan tuju tin biasa2 rupanya modified version hehe..orang kampong je tau main..kwn2 aku hat dok bandar tu pakat blur belaka hehe..syiok wo main..siap ada kejar2 lagi..aku nak explain pon tak reti la camna game ni hehe...tapi memang enjoy habis la..futsal pon ada petang ni sebab kampung raga fc tak puas lagi lawan ngn dak suksis hehehe...



Next tibalah masa malam terakhir disini..wahhh nape rasa kejap sangat..huhu..tak puas kot dok 5 hari 4 malam je..rasa macam nak duk sebulan sini hehehe...malam tu ada majlis penutup yang tak rasmi punya...wakil suksis and wakil kampung rasa masing2 membuat persembahan.













Selepas makan kitorang pon siap2 la nak balik shah alam..waa sedihnyaa tak puas rasa berkasih sayang ngan family angkat..masa ni drama air mata memang takyah cakap la..hehe...kitorang memang jatuh cinta sangat2 ngan orang2 kat sini..we gonna come here again!

Hurm so kitorang tukar2 no telefon, add facebook and apa sahaja supaya tak lost contact.. Alhamdulillah ukhwah yang terjalin ni akan kekal sampai bila2.. Dalam bas suma pakat dok lap air mata je hehe.. Aku plak tak ikut balik shah alam ngan bas..aku balik rumah ayu dulu kat kampung sebelah hehe... So this is it, one of  the suksis program that left the best memories in our heart :)


Thanks for reading. Kalaw suka boleh LIKE dan komen dibawah^^

02 di jerai kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jerai kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Jul 2013 01:08 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

#Social: Memberi ucapan <b>di Jerai</b>, <b>Kedah</b> sekarang <b>...</b> - 1

Posted: 25 Apr 2013 03:09 PM PDT

Iklankan Perniagaan anda disini. Klik >> LINK INI

Memberi ucapan di Jerai, Kedah sekarang.

Iklankan Perniagaan anda disini. Klik >> LINK INI

'); (function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) {return;} js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "//connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk')); } }); $.post('http://malaysialeaks.com/wp-admin/admin-ajax.php', { action: 'fbc_ping', post_id: '10961', nonce: '5b75078fec' }); })(jQuery); Apa komen anda?
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved