Khamis, 21 Februari 2013

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


UMNO Online - Pengundi <b>Merbok</b> Sedia Terjemahkan Sokongan <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 03:06 AM PST

Kategori Dari Bahagian

Pengundi Merbok Sedia Terjemahkan Sokongan Bentuk Kerajaan Kuat PRU-13

Oleh : Azman Abas

MERBOK 19 Feb – Ketua UMNO Merbok Datuk Haji Tajul Urus Hj. Mat Zain  yakin pengundi kawasan itu akan bersama Barisan Nasional (BN) untuk sama-sama membantu membentuk sebuah kerajaan yang kuat di peringkat pusat selain membantu kemenangan BN menerajui semula negeri Kedah.

Menurut beliau mereka bersedia sepenuhnya untuk bersama BN memandangkan mereka telah melihat dan merasai bagaimana sebuah negeri yang ditadbir oleh Pas selain melihat dengan mendalam komitmen kepimpinan BN khususnya pembaharuan yang dibawa oleh Datuk Seri Najib untuk rakyat.

"Selain daripada itu kita lihat bagaimana komitmen serta kesungguhan pimpinan BN peringkat bahagian hinggalah ke peringkat akar umbi….. peranan Datuk Seri Najib menerusi pelbagai transformasi untuk bantu golongan peringkat bawahan dan semua peringkat.

"Apa yang Datuk Seri Najib utarakan dan laksanakan hari ini cukup berbeza jika kita bandingkan dengan pembangkang. Bantuan kepada kumpulan nelayan dan sebagainya..itu adalah antara komitmen kita membantu rakyat.

"Kerajaan negeri pula terbukti lemah. Jangan kita beranggapan sesiapa sahaja jadi kerajaan dia boleh buat macam mana kita boleh buat. Sebab itu kita yakin nelayan di kawasan Merbok 90 peratus akan sokong BN. Begitu juga dengan penduduk serta pengundi lain yang rata-rata sedia untuk menterjemahkan sokongannya pada hari pengundian nanti," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau seterusnya mengingatkan rakyat khususnya para pengundi agar tidak salah langkah umpama  pepatah yang menyebut yang "dikejar tak dapat yang dikendong pula  keciciran".

"Merbok adalah Sg Petani moden….Insyaallah kita akan terus perhebatkan dengan pelbagai pembangunan untuk kepentingan penduduk setempat," katanya. -MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 19 February 2013 7:06 PM

Drive Thru at UiTM <b>Merbok</b> Kedah | abah khalisha

Posted: 26 Nov 2012 06:24 AM PST

Alhamdulillah, adik AK yang no. 6 berjaya mendapat tawaran untuk sambung belajar di UiTM Merbok, Kedah.

Tuuuuu dia orang cakap jauh sampai utara sana tu. Allah itu Maha Bijaksana dan Mengetahui kerana dia telah mengatur segalanya. Mana tidaknya kerana jodoh AK adalah orang Butterworth, Penang so tak payah nak pening kepala fikirkan mana nak bermalam.

Dari Selayang kami gerak ke Penang dalam pukul 8.30 malam dan selamat sampai dalam pukul 1.00 pagi. Sempatlah makan roti canai di tengah-tengah malam iaitu 12.05 tengah malam di perhentian Semanggol. Sampai rumah je terus terlentok.

Keesokkan pagi, kami sekeluarga gerak ke UiTM Merbok untuk pendaftaran takut juga nanti kesesakan berlaku semasa pendaftaran. Tapi AK agak terkejut kerana segalanya berjalan dengan lancar.


AK
memang puji penambahbaikan sistem pendaftaran kolej di mana pembahagian kunci adalah melalui cara drive thru. Ala-ala McDonalds dan KFC plak rasanya.

Dapat je kunci tu terus ke kolej Misra untuk meletakkan barang-barang dan beg adik perempuan AK. Selepas itu dalam pukul 11.00 pagi ada taklimat kepada waris. Sebenarnya taklimat ini tidak wajib tetapi rugi pula jika tidak pergi. Mungkin ada informasi yang berguna akan diperolehi.

Jika dibandingkan beberapa tahun dahulu AK pernah menghantar adik-adik AK di UiTM Segamat dan di UiTM Dungun. Memang agak serabut dan memeningkan jika di bandingkan sistem pendaftaran di UiTM Merbok pada tahun ini. AK tak sure pula jika semua sistem pendaftaran telah diselaraskan untuk mengelakkan kesesakan. Mungkin ada blogger yang boleh kongsikan?

Selesai je taklimat kami semua ke kedai berhampiran untuk membeli beberapa kelengkapan yang masih tidak mencukupi seperti berus, baldi, sabun pencuci, sabun mandi dan beberapa barangan lain.


Nur Iman Khalisha, anak AK pun sibuk juga nak membeli belah dan berjaya membuatkan Tok Ma(nenek) membelikannya sebuah buku.

Petang tu memang hujan lebat tapi kami berkesempatan ke Tanjung Dawai untuk membeli belah dan makan di situ. Nanti AK akan ceritakan ye. Kena tunggu tau!

Anyway AK ucapkan tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan UiTM Merbok kerana berjaya mengelakkan kesesakan semasa pendaftaran.

Kepada adik AK, Nurhuda belajar rajin-rajin!

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Isu Balak <b>Di Kedah</b>: Hasil <b>Negeri</b> Gawat Pas Kini Kian Terdesak <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 10:29 PM PST

[unable to retrieve full-text content]TUNTUTAN RM100 Iuta oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada Kerajaan Pusat sebagai pampasan untuk menghentikan pembalakan? cuci mangkuk? di kawasan tadahan hujan berdekatan Tasik ...

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


Pengembaraan Bermula... ~ Noh Is Me

Posted: 18 Feb 2013 11:47 PM PST

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tepat pada 19/2/2013 merupakan hari untukku mula berblogging semula. Dalam penulisan pada musim ini, bakal merencanakan riwayat hidup aku sebagai seorang lelaki gelandangan. Perjalananku bermula pabila ayahku berkata, "Da abeh blaja, sila cari duit sendiri. adiosa." (lebih kurang la). Kata-katanya dikuatkan lagik apabila beliau bakal pencen awal bulan 3 nih. (T____T).

Kena carik duit sendiri bai. Seblom ni ak keje makan duit mak bapak aku jer. Pasni kena mengerah tulang empat kerat aku ntuk mencari sesuap nasi. Bakal aku mengetahui akan nilai sebenar duit. Banyak lagik ak nak citer kat korang, tapi xpe, kita tangguh dulu. Mungkinkah jalan cerita hidupku bakal jadik cam citer The Hobbit?. 

Ntahla, namun setiap yang aku lakukan sekarang adalah demi masa depan. Wish me all  the best and always work hard in whatever i'm doing. Peace to all and, citer the hobbit tu aku ta penah tengok pon. ahaks.

Anda Rasa Nak Like? Silakan.

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Makan malam <b>di Kuala Kedah</b> Sedap | Safwan Rahman

Posted: 18 May 2012 10:36 PM PDT

Kredit Gambar di atas: unaizahsdiary.blogspot.com

Malam ini kena pegi ke Kuala Kedah atas sebab tertentu alang-alang makan malam sekali memandangkan dah lama tak makan di Kuala Kedah. Kat area sini banyak kedai seafood sampai rambang mata pilih nk p kedai mana. Tak la bosankan nanti boleh cuba semua kedai ikut preference masing-masing.

Berbalik pada cerita, mula-mula singgah di Restoran Nelayan, dah duduk di meja kerusi dan perhati sekeliling tengok semua meja belom dapat makanan, ada la dalam 7 meja kot. Ni kalau aku order ni ada sejam baru boleh jamah makanan, perut dah lapo nih. Hmmm… better p kedai lain lah – fikir dalam hati. Ask my wife for her opinion dan kami decide untuk pergi ke kedai lain yang customernya tak terlalu ramai. Ini dah la ramai then semua belom dapat makanannya pak, waduh-waduh… sebelom keimanan teruji better ambil initiative lain.

Bangun keluar kedai berjalan ke kereta sambil di perhatikan oleh customer-customer (Anggap je diaorang tengok sebab aku handsome)

Berjalan lebih kurang 2 buah kedai selepas Restoran Nelayan dan jumpa restoran yang agak ok dan kami decide berhenti makan di situ iaitu Restoran Idaman Kuala Kuala Kedah. Haaa… nama kedai agak repetitive sket. Ada 2 Kuala situ ya, aku pom tak tahu kenapa.

Environment kedai ini memuaskan. Luas dari segi parking space dan meja makan. Kuantiti bilangan nyamuk berada pada tahap minimum. Yang paling aku suka adalah waiter, dia aware dengan kehadiran customer. Dari aku turun kereta dia dah mark dan prepare nak ambik order sambil escort aku ke meja pilihan. Maybe gaji dia naik lepas ni, insyaAllah.

Disebabkan aku hanya berdua bersama wife maka tidak-lah kami order makan berat e.g Ikan Bako… membazir amalan syaiton! syuhhh! go away syaiton!

Makanan yang di-order adalah seperti berikut:

Sayur Kobis Ikan Masin

Sotong Goreng Tepung

Tomyam Udang

Lepas order, semua makanan siap di hidang dalam masa 10-15 minit. Paling cepat Sotong Goreng Tepung, baru je lepas order tut tut tup tup dah sampai - What sorcery is this?

Sambil makan check Foursquare tengok review previous customer yang pernah makan kat sini. Ada yang cakap Kerang Bako kat sini Mantaps!!! Then order Kerang Bako memandangkan my wife dah lama mengidam.

Overall aku memang berpuas hati dengan makanan dan servis kat sini. Kesemua makanan Nasi Putih2X, Tom Yam Udang, Sotong Tepung, Kubis Goreng, Kerang Bakar dan Fresh Orange RM29.20. Agak affordable , tak murah tak mahal.

Peta di bawah sebagai rujukan lokasi Restoran Idaman Kuala Kuala Kedah

Sekian. Assalamualaikum.

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Suasana Petang <b>di Tanjung Dawai</b>. ~ P.C.L

Posted: 16 Feb 2013 02:57 AM PST

..
lewat petang ke sini lagi...hanya 30 minit dari rumah.

..
sambil menikmati angin sepoi bahasa di atas pelantar kayu yang telah banyak meninggalkan kenangan kami sekeluarga sejak aku 'join' famili Nordiana Mohd Saad  aka mmD yang terdiri dari kalangan kaki pancing..
..
bermula di sini...kami bahagia seadanya..

..
syukur kepada Allah swt...keluarga kami sentisa ceria..
..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Pandangan Permai <b>di Tanjung Dawai</b>, Kedah

Posted: 19 Feb 2013 03:44 PM PST

Lepas ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Kampung Merbok, sekitar pukul 6 petang kami terus menuju ke Tanjung Dawai pula, lebih kurang 14 km dari Lembah Bujang. 'Iffah tengah sedap tidur masa tu. Biasalah, 'Iffah selalu timing bila bangun nanti.

Lembah Bujang - Tanjung Dawai

Saya mengejar masa sebenarnya nak ke Tanjung Dawai. Niat di hati nak shoot pemandangan matahari terbenam. Dah lama saya simpan niat ni. Maklumlah, kat Kelantan cuma dapat shoot pemandangan matahari terbit je.

Beberapa minit sebelum sampai di Tanjung Dawai, saya melintasi satu kawasan jelapang padi yang sangat luas terbentang. Sayangnya masa tu padi dah dituai. Kalau tak, mesti cantik pemandangan hijau padi yang seluas mata memandang.

Padi Kedah

Jelapang Padi Kedah

Perjalanan diteruskan. Akhirnya kami sampai di Pantai Merdeka. Masa tu ramai pengunjung berderet sepanjang pantai. Hasrat nak bermain air di gigi Pantai Merdeka terpaksa dibatalkan. Jadi saya terus pecut ke hujung jalan iaitu Tanjung Dawai.

Sekitar 6:30 petang kami selamat sampai di Jeti Tanjung Dawai. Macam biasa, 'Iffah akan bangun dari tidur bila dah sampai ke destinasi. Timing sungguh hehe.

Peluang yang ada saya gunakan untuk menikmati keindahan Tanjung Dawai yang permai ni.

Tanjung Dawai

Tanjung Dawai

Tanjung Dawai

Pantai Merdeka Tanjung Dawai

Tanjung Dawai Pantai Merdeka

Jeti Tanjung Dawai

Bila sampai ke Tanjung Dawai teringat lagu lama yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Tropika satu masa dulu. Tajuknya Cinta Pantai Merdeka. Kenangan di Tanjung Dawai tersemat dalam korus lagu ini:

Kuukir namamu
Di awan Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang Peristiwa
Cinta kita terurai

Sesuai pula dengan mode wedding anniversary kami. Tapi kami mula berkenalan di KL Sentral

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


Mohamad Sabu akan beraksi <b>di</b> Parlimen <b>Pendang</b> ? : Media Perak

Posted: 20 Feb 2013 08:18 AM PST

Benarkah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan bertarung di Parlimen Pendang, Kedah yang kini diwakili Dato' Dr Hayati Osman? Saya tidak mengiyakannya tetapi amat berharap tokoh karismatik PAS ini mendapat kerusi parlimen yang selamat untuk membawa beliau ke Putrajaya. Mungkin ada yang tak setuju tapi parlimen Pendang adalah kawasan terbaik untuk seorang Timbalan Presiden PAS seperti Mohamad Sabu.

Khabarnya PAS Pendang juga sudah memberi "lampu hijau" kepada Abang Mad untuk beradu pengaruh di sini. Selepas kematian Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor, kerusi ini terus disandang oleh Dr Hayati sehingga kini. Tetapi dalam PRK selepas kematian Ustaz Fadzil, Dr Hayati kalah tipis di kerusi ini sehinggalah beliau bertarung sekali lagi dalam PRU berikutnya, beliau menang.

Dr Hayati dikatakan akan berpindah ke kerusi Dun Tokai bagi memberi laluan kepada Abang Mad. Dun ini sekarang diwakili Dato' Taulan Rasul, Exco Kerajaan Kedah yang juga Pemangku Yang DiPertua PAS Pendang. Adakah Abang Mad berjaya dalam misinya di Pendang, sama-sama kita ikuti wabak ini sehinggalah pada hari penamaan calon nanti.

Related posts:

Filed Under: Dari blogger